Park Eun-hye

Park Eun-hye (Hangul: 박은혜; lahir di Incheon, 21 Februari 1977) merupakan seorang pelakon Korea Selatan. Dia dikenali setelah melakonkan watak kecil dalam drama Dae Jang Geum, dimana drama ini juga popular di China yang menjadi titik permulaannya untuk mengecapi populariti di negara tersebut. Park juga berlakon sebagai pelakon utama dalam drama bersiri Taiwan, iaitu Silence bersama Vic Zhou dibawah arahan pengarah Zhang Zhong.

Park Eun-hye
Kelahiran (1977-02-21) 21 Februari 1977 (umur 47)
Nama lainPiao En Hui (Chinese)
PendidikanSeoul Institute of the Arts - Creative Advertising
PekerjaanPelakon, Pengacara
Tahun aktif1998-kini
EjenAL Entertainment
PasanganKim Han-sup (k. 2008; c. 2018)
Anak-anakKim Jae-wan
Kim Jae-ho
Nama Korea
Hangul
Perumian SemakanBak Eun-hye
McCune–ReischauerPak Ŭnhye

Kerjaya sunting

Park Eun-hye mula melibatkan diri dalam industri hiburan pada tahun 1998. Namun beliau mulai dikenali pada tahun 2003 setelah melakonkan watak pembantu dalam drama Dae Jang Geum (juga dikenali sebagai Jewel in the Palace) dimana drama ini juga popular di negara China, sekaligus melonjakkan nama beliau sebagai pelakon dan mengecapi popularitinya di negara-negara Asia.

Selepas memegang sebagai watak kedua utama dalam drama 18 vs. 29, beliau mengembangkan lagi bakat lakonannya di Taiwan melalui drama Silence (2006) dan berlakon bersama dengan pelakon Vic Zhou. Pada tahun berikutnya, beliau membintangi drama Yi San (2007).

Park memutuskan untuk membintangi filem seni arahan Hong Sang-soo berjudul Night and Day walaupun tanpa menerima sebarang bayaran, dan lakonannya melalui filem tersebut menerima anugerah Pelakon Terbaru Terbaik di Busan Film Critics Association, sekaligus ia merupakan anugerah pertamanya setelah hampir 10 tahun berkecimpung dalam bidang lakonan. Pada tahun 2010, Park membintangi sebuah drama harian, Pink Lipstick dan melakonkan watak sebagai wanita malang dalam drama tersebut.

Pada tahun 2012, beliau memulakan karier sebagai pengacara bersama dalam program variasi Queen of Beauty dan Sold Out di tvN. Meskipun bergelar pelakon yang berasal daripada Korea Selatan, namun Park lebih dikenali di China berbanding dinegara kelahirannya sendiri. Di China, beliau juga terkenal sebagai model dan jurucakap produk barangan jualan kosmetik dan makanan seperti Hana Cosmetics dan Yonseng Tangerine Chocolate (sempena nama watak beliau dalam Dae Jang Geum) dimana produk-produk ini memperoleh keuntungan sebanyak 25 juta dollars sepanjang tahun 2009.

Kehidupan peribadi sunting

Park telah mengahwini seorang usahawan, Kim Han-sup pada 27 April 2008 di Hotel Shilla, Seoul. Pada tahun 2011, beliau telah selamat melahirkan anak kembar lelakinya, Kim Jae-wan dan Kim Jae-ho.

Namun, pada September 2018, pasangan ini telah disahkan bercerai setelah hampir 10 tahun mendirikan rumah tangga. Alasan utama berlakunya penceraian tersebut adalah disebabkan berlakunya selisih faham diantara mereka. Mahkamah kemudian memutuskan bahawa hak penjagaan anak kembar mereka diberikan kepada Park. [1]

Filemografi sunting

Filem sunting

TahunTajukWatak
1998ZzangYoo Hye-ri
200001412 Sect of the Magic SwordPuteri Januari
The RecordHee-jung
2001Dream of a WarriorNam-hong
2005Daddy-Long-LegsGadis imbasan semula
2006February 29Han Ji-yeon
SunflowerLee Eun-mi
2008Night and DayLee Yoo-jeong
2015Enemies In-LawPark Young-mi
2017Steel RainKwon Sook-jung

Drama TV sunting

TahunTajukWatakSaluran TV
1995LA ArirangSBS
2000Good Friends
(musim 1)
KBS
2001Everyday With YouJo Se-heeMBC
2003Dae Jang GeumLee Yeon-saengMBC
2004Little WomenJung Hyun-deukSBS
Island Village TeacherYoon Ji-youngSBS
200518 vs. 29Shin Ji-youngKBS
2006Fireworks DisplayCha Mi-raeMBC
SilenceZhao Shen ShenCTV
2007The Person I LoveYoon Hyun-jooSBS
Yi SanQueen HyouiMBC
2008Detective Mr. LeeLee Chae-youngMegaTV
2010Pink LipstickYoo Ga-eunMBC
2012Can't Live Without YouSeo In-hyeMBC
2013-2014Two Women's RoomMin Kyung-chaeSBS
2014Drama Special

"Vengeful Spirit"

Min Yoo-sunKBS
2015The Merchant: Gaekju 2015Chun So-ryeKBS
2016A Beautiful MindShim Eun-haKBS
2017Sweet EnemyOh Dal-nimSBS
2020Hi Bye, Mama!Seo Bong-yeontvN
Mystic Pop-up BarRatu / Shin Ji-hyeJTBC
Get RevengeCha Mi-yeonTV Chosun
2021High ClassSejun-mam (kameo)tvN
The King's AffectionLady KimKBS2
2022Alchemy of SoulsJin Ho-gyeongtvN

Drama Web sunting

TahunTajukWatakSaluran TV
2021Fly AgainGoo Song-yiKakao TV

Penampilan Televisyen sunting

TahunAcaraPerananSaluran TVCatatan
2004Music BankMCKBS2dengan Ji Sung
2006MaldarjaAhli pelakon
2012Queen of Beauty
Sold Out
2014Now On My Way to Meet You
The King of FoodHos
2021On Air Money Life
2022People of the Health Office
Lan Line Beauty
Shall I Light Your Daily LifeHos
2022-2023Party Resolution

Anugerah & pencapaian sunting

TahunAnugerahKategoriKarya yang dicalonkanKeputusan
2008Anugerah Pengkritik Filem Busan ke-9Pelakon Baru TerbaikNight and DayMenang
2009Anugerah Berkongsi Korea ke-2[2]Anugerah PengerusiMenang
2010Anugerah Drama MBCAnugerah Kecemerlangan, Pelakon Wanita Pink Lipstick Menang
2011Kementerian Kesihatan dan KebajikanPetikanMenang
2012Anugerah Drama MBCAnugerah Kecemerlangan Teratas, Pelakon dalam Drama BersiriCan't Live Without YouTercalon
2013Anugerah Drama SBSAnugerah Kecemerlangan, Pelakon dalam Drama Harian/Mingguan Two Women's Room Tercalon
2014Anugerah Drama KBSAnugerah Kecemerlangan, Pelakon dalam Satu-Drama / Drama Khas / Pendek Vengeful SpiritTercalon
2017Anugerah Drama SBSAnugerah Kecemerlangan, Pelakon Wanita Dalam Drama Harian/MingguanSweet EnemyTercalon

Rujukan sunting

  1. ^ Mya Amri (14 September 2018)[1] Astro Gempak.
  2. ^ Kim. [http: //www.asiae.co.kr/news/view.htm ? idxno = 2009120813413484782 http: //www.asiae.co.kr/news/view.htm ? idxno = 2009120813413484782] Check |url= value (bantuan). Unknown parameter |tajuk= ignored (bantuan); Unknown parameter |pertama= ignored (bantuan); Unknown parameter |tarikh= ignored (bantuan); Unknown parameter |kerja= ignored (bantuan); Unknown parameter |tarikh akses= ignored (bantuan); Missing or empty |title= (bantuan)