Nazeera Sardi

Pelakon wanita Malaysia

Siti Nazirah Sardi atau lebih dikenali sebagai Nazeera Sardi (lahir 10 Oktober 1986) merupakan seorang pelakon, model dan penyanyi wanita Malaysia. Beliau terkenal menerusi drama lakonannya termasuk Hanya Padamu, Demi Cinta Ain, Pembancuh Kopi Mr. Vampire dan Cinta Fatamorgana.[1][2]

Nazeera Sardi
Kelahiran
Siti Nazirah binti Sardi

(1986-10-10) 10 Oktober 1986 (umur 37)
PendidikanIjazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan
Pusat pendidikanUniversiti Putra Malaysia (UPM)
PekerjaanPelakon, model, penyanyi, pengacara, ahli perniagaan
Tahun aktif2011–kini

Pada tahun 2017, Nazeera mula bergiat aktif dalam bidang muzik dengan melancarkan single pertamamya, "Tetap Ada Cinta".[3]

Kehidupan peribadi

sunting

Nazeera merupakan anak bongsu daripada lapan beradik,[4] dilahirkan di Seremban, Negeri Sembilan dan dibesarkan di Gemencheh, Negeri Sembilan. Beliau mempunyai seorang abang dan enam kakak.[5] Beliau bersekolah di Sekolah Menengah Tunku Besar Tampin dan kemudiannya di Sekolah Menengah Raja George V di Seremban.[6] Nazeera kemudiannya melanjutkan pelajarannya dalam Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan di Universiti Putra Malaysia (UPM)[4][7] dan menerima graduan pada penghujung Oktober 2018.[8][9]

Kerjaya

sunting

Nazeera memulakan kerjaya lakonannya dengan membawakan peranan kecil yang tidak dinamakan dalam drama Jiwa & Lara dan telefilem Tasbih Cinta Qasidah yang kedua-duanya bersiaran di TV3. Namanya mula mendapat perhatian umum menerusi gandingannya bersama Beto Kusyairy dan Zahiril Adzim dalam siri drama Hanya Padamu yang bersiaran di Slot Zehra TV3. Setelah itu, beliau berlakon dalam beberapa drama televisyen dan telefilem.

Beliau juga aktif menulis blog yang membincangkan tentang kehidupan peribadinya. Selain itu, Nazeera juga pernah muncul dalam iklan Burger King dan Zalora. Nazeera menjadi salah seorang peserta Grand Finale SimplySiti Star Search yang diadakan pada 20 Oktober 2012, anjuran SimplySiti.

Kerjaya filem Nazeera bermula pada tahun 2014 menerusi filem CEO arahan Razaisyam Rashid, dibintangi oleh Cristina Suzanne, Remy Ishak dan Beto Kusyairy. Beliau memegang watak sebagai Lily.

Selain itu, beliau menceburi bidang perniagaan dengan mengasaskan label pakaian Zeyra by Nazeera Sardi,[10] diikuti oleh produk penjagaan kulit Zeyra Beauty dan Zeyra Cosmetics.

Populariti beliau dalam bidang lakonan semakin melonjak menerusi lakonannya, Pembancuh Kopi Mr. Vampire yang mana Nazeera memegang watak sebagai Nuzul Filzah. Karya yang diadaptasi dari novel 2015 dengan judul sama menyaksikan Nazeera bergandingan dengan pelakon Ungku Ismail Aziz sebagai watak utama.[11] Nazeera mula berjinak-jinak dalam bidang muzik dengan muncul sebagai penyanyi dengan single pertama berjudul "Tetap Ada Cinta" ciptaan Omar K dan Ikhwan Fatanna yang dikeluarkan pada November 2017.[12]

Dari 13 April 2018 hingga 22 Mei 2018, Nazeera memegang watak sebagai Delina dalam siri drama waktu perdana, Cinta Fatamorgana yang bersiaran di Slot Akasia TV3, drama ini turut dibintangi oleh Azar Azmi, Aeril Zafrel dan Syazuwan Hassan.[13]

Pada Jun 2020, beliau menjadi pengacara rancangan Semanis Cuka di TV1.[14] Beliau akan muncul dalam filem Pagari Bulan yang dijadualkan akan ditayangkan pada Oktober 2023, dengan memegang watak sebagai Bulan.[15]

Filemografi

sunting
TahunTajukPerananCatatan
2014CEOLilyFilem pertama
2016Warna Cinta ImpianNazeera
2022Roh 100 HariKasih
2023Pagari BulanBulan
TBARoxana Pos-produksi
TahunTajukPerananSaluran TVCatatan
2011Jiwa & LaraTV3Tidak dinamakan
2012Hanya PadamuAdawiyah
2014Bila Chacha Masuk AsramaCikgu Mastura
Berlima RamadanTV1
2015Tabir ZulaikhaErinTV3
Memori Cinta SurayaVanidaAstro Prima
Cinta Si Wedding PlannerSyakirinTV3
2016Demi Cinta AinSakinah
Mr. Boss Miss StalkerLiza
Sweetie NanieKak Ja
Diaspora CintaAinTV1
Catatan Seorang Da'iUstazah AishahTV1
2017Pembancuh Kopi Mr. VampireNuzul FilzahUnifi TVWatak Utama
Menantu BilalMarlisaTV3
2018Cinta FatamorganaDelina
Kalis KasihSandra
Tak Ada Cinta SepertimuAbbyAstro Ria
Pencuri Cinta Kelas SatuJihaAstro Oasis
Cinta MayaHashimahTV1
2019Utusan Cinta Buat AdamFazrinTV3
IktibarNorehanEpisod: "Tamak Haloba"
Skrin Sentuh Hati Eryna[16]ErynaTV1
Perempuan Tepi JalanMaya AdrianaUnifi TVWatak Utama
2020Seindah Tujuh Warna PelangiAisyahTV3
Janda KosmopolitanMurniAwesome TV
2021Kampong Pisang Bersiri-siriCik Chun KezamboAstro Citra
One Two Hantu 2Awesome TV
Yang Bakal Mati Ramadan IniNatrah
Malaysian Ghost StoriesMunirahAstro RiaEpisod: “Jin Pemusnah”
2022Air Mata AllisyaBalqishTV9
2023Abang MuazzinEykaTV2
BintangNorainTV3
Saya Tunggu AwakMariaTV1
Rajuk KarinaCikgu MurniTV3Pelakon jemputan
Sherry SupirHelizaTV Okey
TahunIklan
Burger King
Zalora

Telefilem

sunting
TahunTajukPerananSaluran TV
2011Tasbih Cinta QasidahDidieTV3
2015Siti Oh SitiSitiTV1
2016Syurga Di Hujung JalanZaliyaTV3
2017Izinkan Aku Menebus DosaTV9
2018Wanita Di Hujung KualaNurTV Okey
2019TahyulJernAstro Prima
2020UngkuUngkuTV1
2022Hantu KaraokeLauraTV3
Rekah Di Jari Kak LongAzizah aka Kak LongTV2
Sebalik HatiMariam

Televisyen

sunting
TahunTajukSaluran TVCatatan
2020Semanis CukaTV1
Oops Terkena (Episod 4)Awesome TV

Diskografi

sunting
Single
TahunTajuk
2017

Rujukan

sunting
  1. ^ Ardini Sophia Sina (25 April 2018). "Nazeera bangga sokongan peminat". Harian Metro. Dicapai pada 7 Mei 2018.
  2. ^ Ridzuan Abdul Rahman (30 Mei 2018). "Nazeera bangkit cari kejayaan". Harian Metro. Dicapai pada 22 Januari 2018.
  3. ^ Norhayati Nordin (5 Februari 2020). Tak peduli gosip Harian Metro. Dicapai pada 22 Mac 2020.
  4. ^ a b "Kisah yang sudah lama ternoktah". Kosmo!. 5 Mac 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Oktober 2018. Dicapai pada 15 Mei 2018.
  5. ^ Amy Mohd (9 Mei 2020). ""Mak wanita terhebat! Apa jua saya lakukan demi mak. Saya tak akan berhenti untuk membahagiakannya" - Nazeera Sardi". Nona. Dicapai pada 25 Jun 2020.
  6. ^ Nor Akmar Samudin (1 Mac 2016). "Gadis 3 dalam 1". Harian Metro. Dicapai pada 1 Mac 2016.
  7. ^ "Cinta Nazeera dianiaya". Utusan Malaysia. 14 Mei 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 April 2019. Dicapai pada 15 Mei 2018.
  8. ^ "Nazeera dedikasi ijazah buat ibu". Sinar Harian. 4 November 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 November 2018. Dicapai pada 6 November 2018.
  9. ^ Feride Hikmet Atak (3 November 2018). "Keluarga, kekasih dorong kejayaan Nazeera". Berita Harian. Dicapai pada 6 November 2018.
  10. ^ Nor Akmar Samudin (10 Mei 2016). Nazeera ligat berniaga Harian Metro. Dicapai pada 25 Jun 2016.
  11. ^ "Tuah 'Jadi' Pembancuh Kopi". Malaysian Digest. 15 Mei 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Mei 2018. Dicapai pada 23 Mei 2017.
  12. ^ Norhayati Nordin (7 Mac 2018). "Gigih kejar impian". Harian Metro. Dicapai pada 7 Mei 2018.
  13. ^ Kisah cinta yang dikorbankan Kosmo! (22 April 2018). Diarkib daripada yang asal pada 23 Jun 2018. Dicapai pada 1 Mei 2018.
  14. ^ Siaran Media: Semanis Cuka[pautan mati kekal] Radio Televisyen Malaysia. 15 Jun 2020. Dicapai pada 18 Jun 2020.
  15. ^ Norhayati Nordin (15 September 2023). "Angkat semangat Bulan". Harian Metro. Dicapai pada 30 September 2023.
  16. ^ Nazeera Sardi Rebut Hati Ustaz Dalam “Skrin Sentuh Hati Eryna” di TV1 Diarkibkan 2019-08-12 di Wayback Machine RTM. Dicapai pada 12 Ogos 2019.

Pautan luar

sunting