Miera Leyana

Miera Leyana Dato' Sri Kasmi (Jawi: ميايرا ليانا; lahir 28 Ogos 1993) ialah seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau terkenal dengan watak sebagai Luna drama bersiri dalam talian (d.b.t.) Luna Fantasiku yang juga merupakan kemunculan sulung beliau dalam kerjaya lakonan. Bakat beliau telah ditampilkan oleh agensi pencarian bakat Maverick+Co.[1] Kredit filem Miera termasuk Apokalips X (2014) dan Lebuhraya Ke Neraka (2017). Antara drama lakonan beliau ialah Kamelia Katrina, Putera Rayyan, Memori Cinta Suraya dan Biar Aku Jadi Penunggu.

Miera Leyana
Kelahiran
Miera Leyana binti Kasmi

(1993-08-28) 28 Ogos 1993 (umur 30)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2008–kini
Ketinggian5 ft 7 in (1.7 m)
PasanganRosland Othman (k. 2020)
Anak-anak2
IbuDatin Sri Aishah Abdullah
BapaDato' Sri Kasmi Mat Arsat
SaudaraMuhammed Fadley (abang)
Miera Leydia (adik)

Kerjaya

sunting

Miera memulakan kerjaya lakonan beliau dengan membintangi drama web siri iaitu Luna Fantasiku yang bersiaran di Gua.com.my pada tahun 2008. Ketika itu, beliau hanya berusia 15 tahun dan masih bersekolah. Pada tahun 2010, beliau menjadi sebahagian daripada barisan pelakon drama komedi muzikal 26 episod Hotel Mania arahan Nizam Zakaria yang terdiri daripada Anding Indrawani Zaini, Dafi, Marsha Londoh dan Adeline Tsen.

Kerjaya filem Miera bermula pada 2012 menerusi watak pembantu dalam filem Jangan Pandang-Pandang arahan Ahmad Idham.

Pada tahun yang sama, beliau terlibat dengan pementasan semula teater Tun Siti Hasmah sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012. Beliau menggantikan Lisa Surihani yang menjayakan watak Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali ketika muda. Bagi pementasan semula itu, Miera hanya melakonkan watak Dr Siti Hasmah ketika muda selama tiga hari, manakala selebihnya digalas oleh Lisa.[2]

Pada tahun 2017, Miera telah membintangi dalam sebuah drama berjudul Biar Aku Jadi Penunggu yang disiarkan di TV3. Beliau memegang watak sebagai Damia Hani.

Seterusnya, Miera membintangi filem bertajuk Lebuhraya Ke Neraka arahan Mamat Khalid yang mula ditayangkan pada 4 Mei 2017. Ia merupakan filem kedua beliau bersama Mamat selepas Apokalips X (2014).[3]

Kehidupan peribadi

sunting

Miera Leyana berkahwin dengan usahawan, Rosland Othman pada 25 Julai 2020.[4] Beliau mempunyai seorang abang dan seorang adik bernama Muhammed Fadley dan Miera Leydia.[5]

Filemografi

sunting
TahunTajukWatakPengarahCatatan
2012Jangan Pandang-PandangMarshaAhmad IdhamFilem pertama
2013PecahSarahAsrul Hisham Ahmad
Balada PencintaAyuKhir Rahman
2014Apokalips XQiQiMamat Khalid
Dendam Orang MatiMinJason Chong
2015Kastil TuaModelChiska DoppertFilem Indonesia
2017Lebuhraya Ke NerakaDinaMamat Khalid
TahunTajukWatakSaluran TV
2008Luna FantasikuLunaTV9
2009Kamelia Katrina[6]KameliaAstro Ria
Bio-NikTV3
Ceria-Ceria Cikgu Rubina
2010Hotel ManiaHani
2011Nana NaritaMonaTV9
Nora ElenaMaria TanTV3
2012AishiteruTV9
Friday I'm In LoveBella
Mulanya Di SiniAlyaTV1
Psikik[7]Sukma
Putera RayyanAnisaTV3
2013Asmara LunaEmma
HujanAzura
Rumah KedaiSuhaila
2014Kusinero CintaAdawiyahAstro Mustika HD
2015Memori Cinta SurayaIrinaAstro Prima
NasuhaMarinaTV9
2016Mr. Boss Miss StalkerRia AlisyaTV3
Biar Aku Jadi PenungguDamia Hani
2018Aku Cinta DiaAnisTV3
2019Detak Cinta StetoskopDr FarahTV Okey
Hola HermosaSheerinTV1
KL MeroyanTV2

Telefilem

sunting
TahunTajukWatakSaluran TV
2013Ku Kejar Cintaku Sehingga Ke MalaysiaSarahRTV
2016Mama SadoAndra RainaTV9
Mat Chia ChiaFatimah
Lari LagiDhiaTV2
2017Peah Singa[8]PeahTV9
KismetTV3
2018Genesis

Anugerah dan pencalonan

sunting
TahunAnugerahKategoriPencalonanKeputusan
2013Anugerah Skrin 2013Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem)RembatMenang
2015Anugerah Skrin 2015Dendam Orang MatiTercalon
2018Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017Pelakon Filem Wanita PopularTercalon

Rujukan

sunting
  1. ^ Miss Ayu (12 Ogos 2008). "Mira dan Sakhee taruhan Luna Fantasiku". gua.com.my. Dicapai pada 13 Ogos 2018.
  2. ^ Zaidi Mohamad (25 Ogos 2015). "Miera Leyana nak jadi CEO". Berita Harian. Dicapai pada 27 Julai 2016.
  3. ^ Angelin Yeoh (May 6, 2017). "Review: Lebuhraya Ke Neraka". Star2. Dicapai pada 12 Julai 2017.
  4. ^ Raja Nurfatimah Mawar Mohamed (26 Julai 2020). "Miera sah jadi isteri Rosland". Berita Harian. Dicapai pada 27 Julai 2020.
  5. ^ Zulaikha Yusof (9 September 2018). ""Beauty with Brain" - Netizen puji adik Miera Leyana". Gempak. Dicapai pada 27 Julai 2019.
  6. ^ Budiey (3 November 2009). "Elyana, Syed Ali, Nabil Dalam Drama Kamelia Katrina". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 27 Julai 2010.
  7. ^ Budiey (24 Julai 2012). "Drama Psikik Temukan Miera Liyana & Lash Mokhtar". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 27 Julai 2012.
  8. ^ Aqmar Mustaza (1 Februari 2017). "Peah Singa bukan sekadar hiburan". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-09. Dicapai pada 27 Julai 2017.

Pautan luar

sunting