Menteri Besar Terengganu

rencana senarai Wiki How

Menteri Besar Terengganu ialah jawatan ketua kerajaan bagi negeri Terengganu. Semasa Terengganu di bawah pemerintahan mutlak, Menteri Besar dilantik oleh Sultan Terengganu. Semenjak pengisytiharan kemerdekaan Malaysia (ketika itu dikenali sebagai Tanah Melayu) dan pilihan raya pertama, Menteri Besar merupakan ahli Dewan Undangan Negeri.

Menteri Besar
Terengganu
Penyandang
Ahmad Samsuri Mokhtar
sejak 15 Ogos 2023 (2023-08-15)
Kerajaan Negeri Terengganu
Jenisrencana senarai Wiki How Edit the value on Wikidata
GelaranYang Amat Berhormat
Lapor kepadaDewan Undangan Negeri Terengganu
KediamanSeri Iman, Jalan Batu Buruk, Kampung Batu Buruk, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu
PusatTingkat 16, Wisma Darul Iman, 20502 Kuala Terengganu, Terengganu
Dilantik olehSultan Mizan Zainal Abidin
Sultan Terengganu
Tempoh jawatanSelagi masih memiliki keyakinan dan kepercayaan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu
Pilihan raya negeri diadakan lima tahun sekali atau lebih awal
Penjawat sulungNgah Muhamad bin Yusof
Dibentuk21 April 1925; 99 tahun yang lalu (1925-04-21)
Tapak webpmb.terengganu.gov.my
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Senarai Menteri Besar Terengganu sunting

Berikut merupakan senarai Menteri Besar Terengganu semenjak 1925.

BilMulaTamatMenteri Besar[1]Parti
121 April 1925Jun 1940Dato' Seri Amar Diraja Ngah Muhamad bin YusofBEBAS
215 Julai 19409 Disember 1941Tengku Seri Setia Raja Tengku Omar bin Othman
310 Disember 194116 Disember 1945Dato' Jaya Perkasa Da Omar bin Mahmud
4Disember 1945Disember 1949YTM Tengku Panglima Perang Tengku Muhamad Ibni Sultan Ahmad
527 Disember 1949Jun 1959Dato' Perdana Menteri Diraja Dato' Seri Setia Raja Kamaruddin bin Idris
6Jun 1959November 1961Mohd Daud bin Abdul SamadPAS *
7November 1961September 1969Tan Sri Ibrahim Fikri bin MohammadBarisan Nasional-UMNO
8September 1969September 1972Dato' Mahmood bin Sulaiman
9September 1972Ogos 1974Dato' Nik Hassan bin Wan Abdul Rahman
10September 1974Disember 1999Tan Sri Dato Seri Amar Diraja Wan Mokhtar bin Haji Wan Ahmad
11Disember 1999Mac 2004Tan Sri Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Haji AwangPAS
12Mac 2004Mac 2008Tan Sri Dato' Seri Haji Idris bin Haji JusohBarisan Nasional-UMNO
13Mac 200812 Mei 2013Dato' Seri Haji Ahmad bin Said
1413 Mei 201310 Mei 2018Dato' Seri Haji Ahmad Razif bin Haji Abdul Rahman
1510 Mei 201814 Ogos 2023Prof Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri bin MokhtarGagasan Sejahtera-PAS
1615 Ogos 2023kiniProf Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri bin MokhtarPN & PAS

Nota :* - Kerajaan Negeri Terengganu ditubuhkan oleh PAS selepas Pilihan Raya Umum Tanah Melayu 1959. 2 ahli Parti Negara di Terengganu telah melompat menyertai UMNO pada Oktober 1961. Kemudian Perikatan telah membentuk kerajaan negeri pada November 1961 di bawah Menteri Besar yang baru, Tan Sri Ibrahim Fikri bin Mohammad.[2]

Kontroversi sunting

Kontroversi berlaku apabila Dato' Seri Haji Ahmad bin Said dikatakan akan ditamatkan perkhidmatannya oleh Kerajaan Persekutuan selepas kontrak sebagai Menteri Besar selama 2 tahun telah tamat. Sebelum ini, Ahmad Said enggan mengulas mengenai perkara tersebut[3], tetapi pada 12 Mei 2014, rakyat negeri Terengganu dikejutkan dengan berita Ahmad Said meletak jawatan sebagai Menteri Besar sekaligus menghantar surat keluar parti kepada Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor bersama-sama dengan ADUN Ajil, Ghazali bin Taib berkuatkuasa serta merta.[4], [5]

Perkara tersebut menyebabkan kerusi yang dipegang oleh Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat menjadi sama iaitu masing-masing 15 kerusi dan 2 lagi dipegang oleh ADUN Bebas. Ahmad Said dan Ghazali Taib bagaimanpun telah menyertai semula UMNO selepas beberapa hari dan keadaan itu menjamin kedudukan Ahmad Razif untuk kekal mentadbir kerajaan negeri.

Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru pada malam 12 Mei 2014. Dan pada 10 Mei 2018, Ahmad Samsuri Mokhtar telah menggantikan Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman sebagai Menteri Besar Terengganu.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "History of PAS in Terengganu" (dalam bahasa English). Dicapai pada 23 Mei 2007. Check date values in: |accessdate= (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ [perlu rujukan]
  3. ^ Ahmad Said enggan ulas isu pertukaran MB.
  4. ^ Ahmad Said letak jawatan Menteri Besar Terengganu.
  5. ^ "Ahmad Said letak jawatan, pengganti angkat sumpah malam ini". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-13. Dicapai pada 2014-05-13.

6. Ar-Ruasa, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu : ISBN- 978-967-13106; Perpustakaan Negara Malaysia