Mars Orbiter Mission

Mars Orbiter Mission (MOM) atau juga dikenali sebagai Mangalyaan (Sanskrit: मंगलयान) ialah sebuah kuar planet Marikh yang berjaya dilancarkan ke orbit Bumi pada 5 November 2013 oleh Pertubuhan Penyelidikan Angkasa India (ISRO).[5][6][7] Ia berjaya masuk ke orbit Marikh pada 24 September 2014, menjadikan India negara pertama yang menghantar satelit ke orbit Marikh pada percubaan pertama, dan negara Asia pertama sampai ke sana.[8][9][10][11]

Mars Orbiter Mission
Tafsiran artis mengenai kuar MOM
Jenis misiPengorbit Marikh
PengoperasiISRO
Tapak webMOM
Jangka masa misi300 hari
Ciri kapal angkasa lepas
PembuatISAC
Berat berlepas1,350 kg (2,980 lb)[1]
Berat kering500 kg (1,100 lb)
Berat muatan15 kg (33 lb)
KuasaSel suria
Permulaan misi
Tarikh pelancaran5 November 2013 09:08 (2013-11-05UTC09:08Z) UTC[2]
RoketPSLV-XL C25[1]
Tapak pelancaranSatish Dhawan FLP
KontraktorISRO
Parameter orbit
Sistem rujukanAreopusat
Periareon377 km (234 bt)
Apoareon80,000 km (50,000 bt)
Kecenderungan17.864 darjah [3]
EpochDirancang
Pengorbit Marikh
Sisipan orbit24 September 2014, 02:00 UTC
MSD 50027 06:27 AMT[4]

Misi ini ialah projek "demonstrasi teknologi" yang bertujuan untuk membangunkan teknologi yang diperlukan bagi reka bentuk, perancangan, pengurusan dan operasi misi antara planet.[12] Ia membawa lima peralatan, salah satunya, pengesan metana, akan banyak membantu menambah pengetahuan terhadap Marikh.[13]

Kuar Mars Orbiter Mission berlepas dari Pelantar Pelancaran Pertama di Sriharikota, Andhra Pradesh menggunakan roket C-25 Pengangkutan Pelancaran Satelit Kutub (PSLV; Hindi: ध्रुवीय उपग्रह प्रक्षेपण या) pada 5 November 2013 ketika jam 2:38 petang IST (9:08 pagi UTC).[14] Jendela pelancaran dianggarkan 20 hari panjang dan bermula pada 28 Oktober.[2] Kuar ini menghabiskan masa kira-kira sebulan dalam orbit Bumi, di mana ia melakukan satu siri olah gerak orbit meningkatkan-altitud sebelum suntikan trans-Marikh pada 30 November 2013 (UTC).[15]

MOM adalah misi antara planet pertama India[16] dan kini ISRO menjadi agensi angkasa lepas keempat yang berjaya sampai ke Marikh selepas Agensi Angkasa Persekutuan Rusia (RFSA), Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) dan Agensi Angkasa Eropah (ESA).[17][18] Kapal angkasa lepas ini dikawal dari ISTRAC di Bangalore dengan sokongan antena IDSN di Byalalu.[19]

Rujukan sunting

Pautan luar sunting