Mansor Othman

Dato' Dr. Mansor Othman ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan Timbalan Menteri Alam Sekitar (2021-2022), mantan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (2020-2021) dan mantan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang (2009-2013) serta mantan Ahli Parlimen Nibong Tebal selama dua penggal (2013-2023) dan mantan ADUN Penanti selama sepenggal (2009-2013).

Prof. Madya Dato' Dr.

Mansor Othman

DMPN (PP)
Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air
Dalam jawatan
30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob
Menteri Tuan Ibrahim Tuan Man
Didahului oleh Ahmad Masrizal Muhammad
Digantikan olehGPS Huang Tiong Sii
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Nibong Tebal, Pulau Pinang
Dalam jawatan
2013–2022
Didahului oleh Tan Tee Beng
Digantikan oleh Fadhlina Sidek
Majoriti15,817 (PRU-14)
8,598 (PRU-13)
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi
Dalam jawatan
10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin
Menteri Noraini Ahmad
Didahului oleh Teo Nie Ching
Digantikan oleh Ahmad Masrizal Muhammad
Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang
Dalam jawatan
3 Jun 2009 – 8 Mei 2013
Didahului oleh Mohammad Fairus Khairuddin
Digantikan oleh Mohd Rashid Hasnon
Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang
untuk N12 Penanti
Dalam jawatan
3 Jun 2009 – 5 Mei 2013
Didahului oleh Mohammad Fairus Khairuddin
Digantikan oleh Norlela Ariffin
Majoriti5,558
Butiran peribadi
Parti politik PKR (2008-2020)
PPBM (2020-kini)
Sekutu gabungan
politik lain
PH (2016-2020)
PN (2020-kini)
PasanganDatin Aishah binti Zainul
Anak-anak3
PekerjaanAhli Parlimen
GajiRM51,675.65 sebulan[1]
Nilai bersihRM1 ke 2.5 juta[1]
Laman web rasmiLaman rasmi

Latar belakang

sunting

Keluarga

sunting

Beliau berkahwin dengan Datin Aishah binti Zainul dan dikurniakan dengan tiga orang anak lelaki.

Pendidikan

sunting

Beliau mempunyai kelayakan akademik yang lengkap, dengan ijazah sarjana dari Universiti Sains Malaysia dan Universiti Yale Amerika Syarikat yang diiktiraf sebagai antara Universiti terbaik di dunia. Beliau kembali ke tanah air untuk bertugas dengan USM. Antara jawatan yang dipegang ialah Pengarah Pusat Penyelidikan Dasar, selainmenjadi pensyarah dan penyelidik serta pengerusi Unit Kutipan dan Kawalan Data USM.

Pekerjaan

sunting

Beliau menjadi AJK Pemadam Pulau Pinang dari tahun 1994-1996, AJK Pendidikan Masyarakat, Jabatan Pendidikan Negeri (1993 - 1998), AJK Majlis Pembangunan Usahawan Pulau Pinang(1994-1998) dan Setiausaha Konvensyen Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang(1994 & 1996). Mansor juga pernah menjadi Penyelaras Program Pembangunan dan Kepimpinan Belia Pulau Pinang dan AJK Konvensyen Bumiputera Pulau Pinang. Selain itu, beliau juga dilantiksebagai AJK Majlis Pembentukan Program Khidmat Sosial Nasional Kementerian Belia dan Sukan pada tahun 1996.


Selama 16 tahun, mulai 1980, Mansor turut menjadi pensyarah mengenai politik Malaysia di Intan, Biro Tatanegara di samping mengendalikan kursus-kursus motivasi dan kepimpinan untuk pelbagai badan kerajaan. Sebagai penyelidik dan pensyarah, Mansor turut membantu agensi awam dalam kajian dan penyelidikan yang membabitkan program memperkasakan ekonomi golongan miskin.

Beliau bertindak sebagai ketua pasukan kajian untuk membangunkan projek TEKUN yang bertujuan meningkatkan keupayaan keusahawanan dan membentuk jaringan antara peniaga kecil menerusi pinjaman mikrokredit. Mansor juga terbabit dalam kajian keberkesanan program pembiayaan Amanah Ikhtiar Malaysia, AIM serta membantu kerajaan Pulau Pinang untuk menambahbaik sistem pengurusan tanah di negeri itu.

Politik

sunting

Dr Mansor pernah menjadi Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Beliau pernah bertanding di Seberang Jaya (2004) dan Pulau Betong pada pilihanraya umum 2008 tetapi tewas.

Atas kapasiti itu, Anwar Ibrahim memilih beliau menjadi calon terbaik untuk Pilihan raya kecil Penanti 2009. Akhirnya beliau menang dengan majoriti besar dengan majoriti 5,558 undi.

Keputusan pilihan raya

sunting

Parlimen

sunting
TahunParlimenCalonPartiUndiLawanPartiUndiMajoriti
2022Nibong TebalMansor OthmanPN (MUIP)25,895Fadhlina SidekPH (PKR)42,18816,293
R.S. ThanenthiranBN (MMSP)10,660
Goh Kheng HuatBEBAS565
2018Mansor OthmanPH (PKR)35,395Shaik Hussein MydinBN (UMNO)19,57815,817
Mohd Helmi HarunGS (PAS)6,875
Tan Tee BengBEBAS331
2013Mansor OthmanPR (PKR)30,003Zainal Abidin OsmanBN (UMNO)21,4058,598
Teng Kok PhengBEBAS297

Dewan Undangan Negeri

sunting
TahunDUNCalonPartiUndiLawanPartiUndiMajoriti
Pilihan raya kecil Penanti 2009PenantiMansor OthmanPKR6,052Nai Khan AriBEBAS (BEBAS)4945,558
Kak MinBEBAS (BEBAS)392
Paduka RamizuBEBAS (BEBAS)56

Anugerah

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ a b "Portal Pengisytiharan Harta". Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Ogos 2020. Dicapai pada 15 Oktober 2020.
  2. ^ Suthakar, K. (10 July 2010). "Mt Everest climbers get Datukships". Dicapai pada 23 October 2019.
  3. ^ "Penang Yang Di-Pertua Negri's Birthday Honours List". 12 July 2010. Dicapai pada 23 October 2019.