Mah Hang Soon

ahli politik Malaysia

Dato' Dr. Mah Hang Soon (Cina ringkas: 马汉顺, lahir (1964-07-19)19 Julai 1964) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia (2021-2022), mantan Ahli Dewan Negara (Senator) (2020-2022) dan mantan EXCO Perak (2014-2018 dan 2009-2013) serta mantan ADUN Chenderiang selama dua penggal (2008-2018).

Dato' Dr.

Mah Hang Soon

DPMP (Perak)
马汉顺
Timbalan Presiden MCA
Memegang jawatan
2018
PresidenWee Ka Siong
Setiausaha AgungChong Sin Woon
Didahului olehWee Ka Siong
Pengerusi MCA Perak
Memegang jawatan
2018
Timbalan Menteri Pendidikan
Dalam jawatan
30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022
Berkhidmat dengan Mohamad Alamin
Timbalan II
RajaSultan Abdullah
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob
Menteri Mohd Radzi Md Jidin
Didahului oleh Lim Hui Ying
Dalam jawatan
10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021
Berkhidmat dengan Muslimin Yahaya (Timbalan I)
RajaSultan Abdullah
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin
Menteri Mohd Radzi Md Jidin
Didahului oleh Teo Nie Ching
Digantikan olehSendiri
Ahli Dewan Negara Malaysia
Lantikan Yang di-Pertuan Agong
Dalam jawatan
10 Mac 2020 – 5 November 2022
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak
Dalam jawatan
2014–2018
Menteri Besar Perak Zambry Abdul Kadir
Dalam jawatan
2009–2013
Menteri Besar Perak Zambry Abdul Kadir
Ahli Dewan Undangan Negeri Perak untuk Chenderiang
Dalam jawatan
2008–2018
Didahului oleh Chang Kon You
Digantikan oleh Ahmad Faizal Azumu
Majoriti4,767 (PRU-13)
3,392 (PRU-12)
Butiran peribadi
LahirMah Hang Soon
(1964-07-19) 19 Julai 1964 (umur 59)
Parti politik Barisan Nasional
Persatuan Cina Malaysia
PasanganDatin Lim Soo Lee
Anak-anakMah Song Wei
Alma materUniversiti Malaya
PekerjaanAhli politik
ProfesionDoktor
GajiRM51,543.65 sebulan[1]
Nilai bersihRM10 ke 15 juta[1]

Latar belakang

sunting

Dato' Dr. Mah Hang Soon merupakan seorang pakar jantung dan berkelulusan dari Universiti Malaya. Beliau menceburi bidang politik sepenuh masa mulai tahun 2009.[2]

Beliau berasal dari Kampung Baru Changkat Kruing, Ayer Tawar, Perak Darul Ridzuan. Merupakan anak sulung daripada 6 adik beradik. Bapanya bernama Mah Chow Nam (1944-2014) dan ibunya bernama Lee Kee Hiong (lahir 1942) yang merupakan pekebun kecil getah dan kelapa sawit.[3] Beliau telah berkahwin Datin Lim Soo Lee[4] dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Mah Song Wei (lahir 1996)[5].

Penglibatan dalam MCA

sunting

Beliau pernah dilantik sebagai Naib Ketua Pemuda MCA Kebangsaan[6] dan Ketua Pemuda MCA Perak[7] pada tahun 2008-2010. Pada tahun 2013 hingga kini, beliau merupakan Pengerusi MCA Perak dan Central Council (CC)[8]. Pilihanraya Parti MCA akan diadakan dalam masa 6 bulan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 pada tahun 2018.[9]

Pada pemilihan parti MCA untuk sesi 2018-2021, beliau telah dipilih sebagai Timbalan Presiden MCA dengan mengalahkan Timbalan Pengerusi MCA Johor, Datuk Tee Siew Kiong dengan mendapat undi majoriti sebanyak 227 undi.[10]

Beliau telah menyatakan akan menggunakan strategi tertentu bagi mendekati golongan pengundi muda yang bakal mengundi dalam Pilihan raya umum Malaysia ke-15.[11]

Kerjaya politik

sunting

Pada tahun 2004, Pilihan Raya Umum Ke-11 (PRU11) merupakan kali pertama bagi Dato' Dr. Mah Hang Soon mewakili Barisan Nasional bertanding di Dewan Undangan Negeri Perak (DUN) bagi Kawasan Jelapang, N.31. Dalam hal ini, beliau tidak berjaya dengan undian sebanyak 7,981 undi berbanding dengan Hee Yit Soong, calon DAP mendapat undian sebanyak 8,233 undi.

Pada tahun 2008, Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) beliau memenangi DUN bagi Kawasan Chenderiang, N.46 dengan majority sebanyak 3,392 undi dan mengulangi kejayaan yang sama pada tahun 2013, Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dengan majoriti sebanyak 4,767 undi.

Dato' Dr. Mah Hang Soon pernah menjawat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan untuk portfolio seperti berikut:

  • Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Perak (Tahun 2009-2013); dan
  • Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu Negeri Perak (Tahun 2014-2018)[12][13].

Pada tahun 2018, beliau diumumkan sebagai calon bagi Parlimen Tanjong Malim, P.077 untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di Majlis Pengumuman Calon BN Negeri Perak, Kediaman Menteri Besar Perak, Ipoh, Perak Darul Ridzuan pada 24 April 2018[14]

Seterusnya beliau menerima bantahan daripada penyokong YB Dato' Sri Ong Ka Chuan dan membuat bantahan di depan Bangunan Perdana, Putrajaya pada 26 April 2018[15]. Akhirnya, Sesi Penamaan Calon yang telah diadakan di Majlis Daerah Tanjong Malim, Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan pada 28 April 2018 dengan mengesahkan bahawa Dato' Dr. Mah Hang Soon bertanding di Parlimen Tanjong Malim, P.077 untuk PRU14.

Sebagai keputusan PRU14 pada 9 Mei 2018, beliau tewas kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Chang Lih Kang. Jumlah undi yang diterima oleh beliau adalah 19,314 undi manakala calon PKR mendapat undi sebanyak 24,672 undi dengan majoriti 5,358 undi. Secara keseluruhannya, Barisan Nasional tewas di peringkat Parlimen dan tidak berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan pada PRU14.

Keputusan pilihan raya

sunting
Dewan Undangan Negeri Perak[16][17]
TahunKawasan Pilihan RayaKerajaanUndianPeratusanPembangkangUndianPeratusanJumlah undiMajoritiPeratus unjuran
2004N31 JelapangMah Hang Soon (BN-MCA)7,97848.16%Hee Yit Foong (DAP)8,23149.68%16,92125370.39%
Foo Tiew Kok (PKR)3582.16%
2008N46 ChenderiangMah Hang Soon (BN-MCA)7,45164.74%Arjunan A/L Muthu (PKR)4,05935.26%12,1153,39266.96%
2013Mah Hang Soon (BN-MCA)10,86664.05%Amani Williams-Hunt Bin Abdullah (PKR)6,09935.95%17,5424,76780.70%
Parlimen Malaysia
TahunKawasan Pilihan RayaKerajaanUndianPeratusanPembangkangUndianPeratusanJumlah undiMajoritiPeratus unjuran
2018P077 Tanjong Malim, PerakMah Hang Soon (BN-MCA)19,31435.57%Chang Lih Kang (PH-PKR)24,67245.44%55,6135,35881.22%
Mohd Tarmizi (PAS)10,31118.99%

Anugerah

sunting
  •  Perak :
    • Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (D.P.M.P)

Rujukan

sunting
  1. ^ a b "Portal Pengisytiharan Harta". Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Ogos 2020. Dicapai pada 15 Oktober 2020.
  2. ^ Father of Perak MCA chief passes away at his home in Ayer Tawar, The Star, 17 September 2014
  3. ^ Father of Perak executive councillor laid to rest, The Star, 16 September 2014
  4. ^ SAMBUTAN TAHUN BARU CINA DI KEDIAMAN MENTERI BESAR PERAK, Taipingmali, 5 Februari 2011
  5. ^ Proud day for Dr Mah as he presents school's top award to his son, The Star, 9 November 2013
  6. ^ 2] deputy Youth chief Dr Mah wins MCA hearts, The Star, 17 Oktober 2008
  7. ^ Cardiologist Dr Mah is new Perak MCA Youth chief, The Star, 6 September 2008
  8. ^ MCA to postpone party polls until after GE, Astro Awani, 21 Disember 2013
  9. ^ MCA to postpone party polls until after GE, The Star, 8 Mei 2016
  10. ^ awatan Timbalan Presiden pula dimenangi Pengerusi MCA Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon yang memperoleh 428 undi menewaskan Timbalan Pengerusi MCA Johor, Datuk Tee Siew Kiong, 201 undi
  11. ^ MCA dekati pengundi muda, fokus sampaikan maklumat tepat
  12. ^ [1]Pengerusi MCA Perak Angkat Sumpah Sebagai Exco, mStar, 12 Mei 2014
  13. ^ [2]Perak MCA chief sworn in as 10th state executive councillor, The Star, 12 Mei 2014
  14. ^ [3]PRU-14: Senarai penuh calon BN Perak, Berita Harian, 24 April 2018
  15. ^ [4]BN Perak siasat dalang protes Tanjung Malim, Berita Harian, 26 April 2018
  16. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri" (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 April 2013. Dicapai pada 10 March 2020.CS1 maint: unrecognized language (link)
  17. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri" (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 10 March 2020.CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan luar

sunting