Kambria (kadangkala dilambangkan sebagai ) merupakan nama untuk tempoh dan sistem geologi yang pertama pada Era Paleozoik yang turut di bawah Eon Fanerozoik.[4] Tempoh Kambria bertahan selama 53.4 juta tahun dari penghujung Tempoh Ediakara yakni 538.8 juta tahun dahulu (jtd) sehingga ke permulaan Tempoh Ordovisi 485.4 jtd.[5] Subbahagiannya, dan pangkalannya, agak berubah-ubah.

Kambria
538.8 ± 0.2 – 485.4 ± 1.9 Ma
Bumi sewaktu pertengahan Tempoh Kambria, sekitar 510 Ma
Kronologi
Etimologi
Keformalan namaFormal
Maklumat kegunaan
Jasad cakerawalaBumi
Kegunaan tempatanGlobal (ICS)
Skala masa yang digunakanSkala Masa ICS
Takrifan
Unit kronologiTempoh
Unit stratigrafiSystem
Pertama kali dicadangkan olehAdam Sedgwick, 1835
Keformalan jangka masaFormal
Takrif sempadan bawahKemunculan Iknofosil Treptichnus pedum
Sempadan bawah GSSPkeratan Fortune Head, Newfoundland, Canada
47°04′34″N 55°49′52″W / 47.0762°N 55.8310°W / 47.0762; -55.8310
Tarikh ratifikasi sempadan bawah GSSP1992[1]
Takrif sempadan atasDatum kewujudan pertama konodonta Iapetognathus fluctivagus.
Sempadan atas GSSPKeratan Greenpoint, Green Point, Newfoundland, Canada
49°40′58″N 57°57′55″W / 49.6829°N 57.9653°W / 49.6829; -57.9653
Tarikh ratifikasi sempadan atas GSSP2000[2]
Data atmosfera dan iklim
Nilai aras laut melebihi zaman kiniMenaik secara beransur dari 4 m ke 90 m[3]

Tempoh tersebut telah ditetapkan sebagai "siri Kambria" oleh Adam Sedgwick,[4] yang menamakannya sempena Kambria, nama Latin untuk 'Cymru' (Wales), yakni lokasi batuan Kambria yang paling terdedah di Britain.[6][7][8] Sedgwick mengenal pasti lapisan itu sebagai sebahagian daripada tugasnya, bersama Roderick Murchison, untuk membahagikan "Siri Peralihan" yang besar, walaupun kedua-dua ahli geologi itu tidak bersetuju untuk seketika mengenai pengkategorian yang sesuai.[4]

Tempoh Kambria adalah unik dari segi mendapan sendimen lagerstätte yang luar biasa tingginya, tapak yang dipelihara dalam keadaan luar biasa dengan bahagian "lembut" organisma dipelihara serta cengkerangnya yang lebih bertahan lama. Disebabkan itulah, pemahaman saintifik tentang biologi Tempoh Kambria mengatasi beberapa tempoh kemudian.[9]

Tempoh Kambria menandakan perubahan besar dalam kehidupan di Bumi: sebelum Tempoh Kambria, majoriti organisma hidup pada keseluruhannya bersaiz kecil, unisel dan ringkas (Fauna Ediakara dan biota Tonos Huainan terdahulu adalah kekecualian ketara). Organisma multisel yang kompleks secara beransur-ansur menjadi lebih biasa ditemui dalam berjuta-juta tahun sejurus sebelum Tempoh Kambria, tetapi tidak sampai tempoh ini organisma yang dimineralkan - dengan itu mudah terfosil - menjadi biasa ditemukan.[10]

Pengembangan pesat kepelbagaian bentuk hidupan dalam tempoh Kambria, yang dikenali sebagai ledakan Kambrium, menghasilkan wakil pertama bagi kebanyakan filum haiwan moden. Analisis filogenetik telah menyokong pandangan bahawa sebelum percambahan Kambria, dalam tempoh Kriogen[11][12][13] atau Tonos,[14] haiwan (metazoa) berkembang secara monofiletik daripada leluhur organisma tunggal, yakni protista kolonial berflagelat serupa dengan koanoflagelat moden.[15] Walaupun pelbagai bentuk hidupan berkembang pesat di lautan, tetapi di daratan pula keadaannya masih dianggap agak tandus - dengan tidak ada yang lebih kompleks daripada kerak tanah mikrob[16] dan beberapa moluska dan artropod (walaupun bukan daratan) yang muncul untuk mencerna biofilem mikrob tersebut.[17]

Menjelang akhir zaman Kambria, miriapoda,[18][19] araknida,[20] dan heksapoda[21] mula menyesuaikan diri dengan tanah, bersama-sama dengan tumbuhan terawal.[22][23] Kebanyakan benua mungkin kering dan berbatu kerana kekurangan tumbuh-tumbuhan. Laut-lautan yang cetek mengapit pinggir beberapa benua yang dicipta semasa pecahnya benua besar Pannotia. Pada ketika ini suhu lautan juga agak suam, dan ais kutub tidak hadir untuk kebanyakan tempoh itu.

Rujukan sunting

Bacaan lanjut sunting

Pautan luar sunting