Burung jenjang (Jawi: ‏بوروڠ جنجڠ‏) adalah sejenis burung dalam keluarga Gruidae[1] bercirikan kaki dan leher panjang (yakni "jenjang"; Jawi: جنجڠ)[2] dalam kumpulan Gruiformes. Terdapat 15 spesies burung ini dalam keluarga ini yang digolongkan ke dalam empat genus iaitu Antigone, Balearica, Leucogranus, dan Grus;[1] burung-burung ini mendiami tanah-tanah lembap atau berumput di hampir semua benua dunia kecuali Antartika dan Amerika Selatan. Ada spesies yang berpindah-randah dari satu tempat ke satu tempat lain dalam suatu jarak yang jauh pada setiap musim.[3]

Burung jenjang
Grus japonensis
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Gruidae

Vigors, 1825
Genus

Taksonomi

sunting

Nama keluarga Gruidae diberikan daripada genus Grus, nama genus tersebut datang daripada nama lama spesies Grus grus yang diberikan oleh Carl Linnaeus iaitu Ardea grus; nama spesies ini dijejak daripada perkataan grus dalam bahasa Latin yang bermaksud "burung jenjang".[4]

Rujukan

sunting