J. Y. Pillay
Joseph Yuvaraj Pillay, DUNU (Kelas Pertama)DUNU (Kelas Pertama) (lahir pada 30 Mac 1934), juga dikenali sebagai J. Y. Pillay, berperanan sebagai pemangku Presiden Singapura, berikutan berakhirnya tempoh perkhidmatan Encik Tony Tan Keng Yam sebagai Presiden Singapura pada 31 Ogos 2017. Beliau telah berkhidmat selama 34 tahun (sehingga tahun 1995) sebagai penjawat awam dan seorang usahawan terkenal (sejak tahun 1995. Beliau salah seorang perintis yang membangunkan Ekonomi Singapura setelah berpisah dari Malaysia pada tahun 1965.
J. Y. Pillay | |
---|---|
Presiden Singapura Pemangku | |
Dalam jawatan 1 September 2017 – 13 September 2017 | |
Perdana Menteri | Lee Hsien Loong |
Didahului oleh | Tony Tan |
Digantikan oleh | Halimah Yacob |
Butiran peribadi | |
Lahir | Klang, Tanah Melayu (kini Malaysia) | 30 Mac 1934
Pasangan | Beatrice Rasammah (k. 1963) |
Alma mater | Imperial College London |
Hidup dan kerjaya
suntingPengerusi Temasek dan bekas penjawat awam teratas S.Dhanabalan[1]
Kehidupan awal
suntingPillay dilahirkan di Klang, (kini Selangor, Malaysia) pada tahun 1934. Beliau berkelulusan dari Imperial College London.[2]
Kerjaya
suntingSumbangan terbesar beliau adalam dalam membina bangunan penerbangan Singapore Airlines kepada penerbangan bertaraf dunia.[3] Beliau berkhidmat sebagai Pengerusi Singapore Airlines dari tahun 1972 sehingga 1996. Beliau adalah salah seorang daripada beberapa pegawai penjawat awam yang mencapai Kakitangan Gred III.[4]
Beliau merupakan seorang Pengerusi Singapore Exchange antara tahun 1999 dan 2010.[5]
Beliau berkhidmat sebagai Pengerusi Tiger Airways Holdings[6] dari tahun 2011 sehingga 2014. Dia sedangBeliau kini berkhidmat sebagai Pengerusi Dewan Penasihat Presiden.[7]
Pemangku Presiden
suntingBeliau berkhidmat sebagai pemangku presiden sejak 1 September 2017 ketika tempoh Encik Tony Tan Keng Yam sebagai presiden tamat pada 31 Ogos 2017, sehingga Puan Halimah Yacob mengangkat sumpah sebagai Presiden Singapura ke-9 pada 14 September 2017.[8]
Anugerah
suntingPada tahun 2012, Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) telah menganugerahkan dua darjah profesor kehormatan hasil daripada sumbangannya.[9][10]
Untuk perkidmatan awam beliau, Pillay telah diberikan Darjah Utama Nila Utama (Kelas Pertama), salah satu anugerah berprestij dalam Anugerah Hari Kebangsaan pada 9 Ogos 2012.[11]