Ibrahim Din

Pelakon dan pelawak Malaysia

Ibrahim Din (lahir di Kampung Baru, Kuala Lumpur, 1929 – 16 Jun 1996[1]) merupakan seorang pelakon filem Melayu, yang paling dikenali dengan memainkan watak Mi dalam trilogi Do Re Mi bersama P. Ramlee dan A. R. Tompel.

Ibrahim Din
Kelahiran
Ibrahim Faizal bin Din

1929 (1929)
Meninggal dunia16 Jun 1996 (berumur 66–67)
Sebab kematianPenyakit kencing manis dan darah tinggi
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur
PekerjaanPelakon, pelawak
Tahun aktif1964–1989
Terkenal keranaSiri filem Do Re Mi
SaudaraFazliyaton (adik)

Kerjaya

sunting

Siri filem Do Re Mi dan Anak Bapak lakonan bersama P. Ramlee antara filem yang berjaya mengangkat nama Ibrahim Din pada zaman kegemilangan perfileman Melayu ketika itu. Walaupun kerjaya lakonannya bermula lebih awal dengan membintangi filem Gadis Langkawi dan Sabarudin Tukang Kasut, tapi wataknya sebagai Mi dalam siri filem Do Re Mi memuncakkan namanya sebagai pelakon.

Kematian

sunting

Ibrahim Din meninggal dunia pada 16 Jun 1996 di Bandar Baru Sentul selepas lama menderita penyakit kencing manis dan darah tinggi.[2]

Filemografi

sunting
TahunTajukWatakCatatan
1966Gadis LangkawiFilem pertama
Sabarudin Tukang KasutAhmad Tipulizam
Do Re MiMi (Minami)
Nasib Do Re MiMi
1968Anak BapakSalleh
1972Laksamana Do Re MiMi
1978Gila-GilaMamak
1982KamiMamak
1983BertunangKassim
1984Anak NiatOrang Kaya Ali
Pagar-Pagar CintaTuan Hashim
1985Bujang SelamatTok Guru
1986Jejaka PerasanMamak
Si Jantung HatiOrang Kaya Mi
1989Kembar SiamPenerbit FilemFilem terakhir

Televisyen

sunting
TahunTajukPerananSaluran TVCatatan
1964Mata PermataBomohTV1Pelakon undangan

Rujukan

sunting
  1. ^ "Ibrahim Din". Cinema Malaysia. Cinema Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-23. Dicapai pada 21 Ogos 2012.
  2. ^ "Bintang/artis komedi veteran". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-05. Dicapai pada 2015-11-07.

Pautan luar

sunting