ISO 639-1:2002, Kod perlambangan nama bahasa — Bahagian 1: Kod Alfa-2, ialah bahagian pertama dalam siri ISO 639 untuk kod bahasa piawai antarabangsa. Bahagian 1 meliputi pendaftaran kod dua-huruf. 136 kod dua huruf telah didaftarkan dan merangkumi semua bahasa utama dunia. Kod ini merupakan kependekan rasmi antarabangsa yang berguna untuk merujuk kepada bahasa. Misalnya:

ISO 639, piawai kod bahasa yang asal, diluluskan pada 1967. Ia terpisah-pisah dan justera itu, ISO 639-1 menjadi semakan baharu kepada piawai yang asal itu pada 2002. Kod terakhir yang ditambah ialah ht untuk bahasa Creole Haiti pada 26 Februari 2003. Penggunaan piawai itu didorong oleh penggunaan tag bahasa IETF yang diperkenalkan dalam RFC 1766 pada Mac 1995. Penggunaan tag bahasa kemudian diteruskan oleh RFC 3066 dari Januari 2001 dan RFC 4646 dari September 2006. Infoterm (International Information Center for Terminology atau Pusat Maklumat Antarabangsa untuk Istilah) ialah pendaftar kod ISO 639-1 yang sah.

Kod ISO 639-1 yang baharu tidak dicipta jika kod ISO 639-2 sudah wujud. Justera, sistem yang menggunakan kod ISO 639-1 dan 639-2 (dengan kod 639-1 diutamakan) tidak perlu menukarkan kod masing-masing.[1]

Untuk sesetengah bahasa yang menggunakan kod yang sama dengan kod ISO 639-2 yang diperuntukkan untuk sekumpulan bahasa, kod masing-masing akan digantikan dengan kod ISO 639-1 yang baharu.

Kod ISO 639-1 ditambah selepas penerbitan RFC pada Januari 2001
ISO 639-1ISO 639-2NamaTarikh ditambahDahulu terangkum dalam
ioidoIdo2002-01-15art
wawlnBahasa Walloon2002-01-29roa
lilimBahasa Limburg2002-08-02gem
iiiiiBahasa Yi Sichuan2002-10-14sit
anargBahasa Aragon2002-12-23roa
hthatBahasa Creole Haiti2003-02-26cpf

Tidak adanya spesifikasi untuk mengolah makrobahasa (lihat ISO 639-3).

Lihat juga sunting

 

Rujukan sunting

Pautan luar sunting