Greta Thunberg

aktivis perubahan iklim Sweden

Greta Thunberg (lahir Greta Tintin Eleonora Ernman Thunberg, 3 Januari 2003[1]) ialah seorang aktivis alam sekitar Sweden yang lazimnya berfokuskan perubahan iklim. Beliau disahkan menghidap sindrom Asperger, kecelaruan obsesif kompulsif dan mutisme selektif.[2][3]

Greta Thunberg

FRSGS
Kelahiran (2003-01-03) 3 Januari 2003 (umur 21)
Stockholm, Sweden
PekerjaanPelajar dan aktivis alam sekitar
Tahun aktif2018–kini
Gerakan politikSchool Strike for Climate
Saudara

Pada Ogos 2018, beliau bertindak meninggalkan sesi persekolahannya dan melakukan mogok seorang diri di hadapan bangunan Riksdag (Parlimen Sweden) untuk menyeru agar tindakan pengekangan perubahan iklim yang lebih berkesan diambil.[4] Tindakan beliau ini telah membawa kepada siri tunjuk perasaan global, biasanya oleh para pelajar menentang perubahan iklim. Kesan ini dipanggil oleh sebahagian pihak media sebagai "kesan Greta Thunberg".[5]

Aktivisme

sunting

Mogok sekolah demi iklim

sunting

Pada 20 Ogos 2018, berikutan bencana gelombang haba serta kebakaran hutan di Sweden pada masa itu, beliau mula bertindak tidak menghadiri sekolah hingga pilihan raya umum Sweden 2018 berlangsung.[6] Pada masa itu, beliau bertindak berprotes di hadapan bangunan RIksdag pada setiap hari selama tiga minggu ketika waktu persekolahan sambil memegang sepanduk yang tertera frasa "skolstrejk för klimatet" ("mogok sekolah demi iklim" dalam bahasa Sweden).[7] Selepas pilihan raya umum berlangsung, beliau tetap melakukan mogoknya pada setiap hari Jumaat.

Ucapan

sunting

Beliau beberapa kali berucap dalam sidang-sidang berprofil tinggi di hadapan golongan berkepentingan berkenaan perubahan iklim.

Dalam sidang Forum Ekonomi Dunia pada 23 Januari 2019 di Davos,[8][9] beliau berkata bahawa sesetengah pihak telah mengetahui pelbagai perkara tidak ternilai yang telah dikorbankan untuk menjana kekayaan yang tidak terhingga sambil menunding jari terhadap para hadirin dengan berkata bahawa ramai dalam mereka ialah pihak yang dimaksudkan olehnya.[10] Beliau menyeru agar para hadirin bertindak "seolah-olah rumah mereka sedang dijilat api,"[11] dan pelbagai perubahan drastik perlu dilaksanakan dalam masyarakat untuk menanangi perubahan iklim seperti mengurangkan penghasilan gas karbon dioksida sebanyak 50% dalam masa 12 tahun.[12]

Anugerah dan penghargaan

sunting

Beliau telah menerima pelbagai jenis anugerah dan penghargaan disebabkan oleh usaha aktivismenya. Beliau telah menerima penghargaan apabila tergolong dalam 100 orang paling terpengaruh oleh majalah Time pada 2019 serta 25 remaja paling berpengaruh pada tahun sebelumnya.[13][14] Majalah tersebut turut mempaparkan portretnya pada kulit hadapan edisi Mei 2019 majalah itu sambil menggelarnya sebagai salah satu "pemimpin generasi seterusnya".[15]

Beliau turut terpilih sebagai calon Hadiah Keamanan Nobel 2019 pada 13 Mac 2019 dengan justifikasi bahawa pemanasan global akan menyebabkan peperangan, konflik dan masalah pelarian jika terus diabaikan.[16] Sekiranya beliau memenangi anugerah tersebut, beliau akan menjadi pemenang termuda Hadiah Nobel tersebut.[17]

Beliau disenaraikan sebagai salah satu penerima Anugerah Right Livelihood pada 25 September 2019. Menurut pihak pemberi anugerah, mereka memilih beliau kerana "memberi inspirasi dan memangkinkan permintaan politik demi tindakan perubahan iklim yang lebih segera sambil memetik fakta-fakta saintifik".[18]

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting