Edward Snowden

Edward Joseph Snowden (lahir 21 Jun 1983) ialah seorang bekas pekerja dan subkontraktor Agensi Perisikan Pusat yang dikenali atas tindakan menyalin dan meniris maklumat sulit tinggi (highly classified information) milik Agensi Keselamatan Negara Amerika Syarikat pada 2013 kepada orang ramai yang membongkarkan banyak program pengintipan global kelolaan agensi tersebut serta Five Eyes Intelligence Alliance dengan kerjasama syarikat telekom yang banyak menimbulkan kerisauan orang ramai terhadap keselamatan negara serta privasi peribadi yang berkaitan dengan pengunaan teknologi komunasi sekitar.

Edward Snowden
Kelahiran
Edward Joseph Snowden

(1983-06-21) 21 Jun 1983 (umur 40)
WarganegaraAmerican
Pendidikan
PekerjaanComputer security consultant
Majikan
Terkenal keranaRevealing details of classified United States government surveillance programs
PasanganLindsay Mills (k. 2017)
AnugerahRight Livelihood Award
Laman web rasmiTemplat:ConditionalURL
Tandatangan

Atas pembongkaran yang dilakukan beliau terhadap maklumat sulit tinggi ini Jabatan Keadilan Amerika Syarikat mendakwa Snowden dua kali tuduhan pecah rahsia melanggar Akta Perisikan 1917 (Espionage Act of 1917) serta tuduhan mencuri harta kerajaan;[1] sehingga pasportnya ditarik balik Jabatan Dalam Negeri Amerika Syarikat.[2] Beliau berlindung di Moscow dengan pemberian suaka kepadanya dalam tempoh setahun yang dilanjutkan sehingga selewat-lewatnya 2020. Beliau berumah tangga dan bermastautin di kota tersebut sejak tahun 2017.[3][4]

Awal hidup dan pendidikan sunting

Edward Joseph Snowden lahir pada 21 Jun 1983[5] du Elizabeth City, North Carolina.[6] Kesemua ahli keluarganya ada jawatan penting dalam badan-badan milik pemerintah Amerika Syarikat; ayahnya seorang Pegawai Pantai[7] manakala ibunya Elizabeth seorang kerani dalam Mahkamah Negeri Maryland (U.S. District Court for the District of Maryland).[8][9][10][11][12] Datuknya Edward J. Barrett,[13][14] seorang Pegawai Pantai serta juga seorang pegawai kanan dalam FBI - malah, beliau berada di ditugaskan di Pentagon semasa berlakunya serangan pengganasan pada 11 September 2001.[15]

Kerjaya awal sunting

Beliau menyertai Tentera Darat Amerika Syarikat saat meletusnya Perang Iraq.[16] Beliau tidak dapat meneruskan latihan penuhnya[17] apabila disahkan mendapat fraktur tibia,[18][19] beliau disuraikan dari latihannya pada 28 September 2004.[20]

Beliau diupah sebagai pengawal keselamatan Pusat Kajian Lanjut Bahasa Universiti Maryland selama kurang setahun pada 2005 setelah lulus ujian keselamatan; pusat tersebut ditaja Agensi Keselamatan.[21] Beliau kemudiannya menerima suatu pekerjaan dalam Agensi Perisikan Pusat (CIA) setelah menghadiri suatu pameran kerjaya tahun 2006;[22][23] beliau dihantarkan ke bahagian komunikasi global ibupejabat CIA di Langley, Virginia [22]

Penirisan dan pembongkaran maklumat sulit NSA sunting

Pendakwaan pemerintah A.S ke atasnya sunting

Kesuakaan di Rusia sunting

Snowden tiba di Lapangan Terbang Sheremetyevo Moskva dari penerbangan di Hong Kong pada 23 Jun 2013.[24][25][26] Beliau memohon suaka sementara di Rusia selama 1 tahun setelah dimohon pada 1 Ogos.[27] Beliau menerima kebenaran bermastautin sementara selama 3 tahun sebaik tempoh suakanya tamatserta kebenaran bergerak dalam dan luar Rusia selama tiga bulan.[28]

In January 2017, a spokesperson for the Russian foreign ministry wrote on Facebook that Snowden's asylum, which was due to expire in 2017, was extended by "a couple more years".[29][30] Snowden's lawyer Anatoly Kucherena said the extension was valid until 2020.[31] Pada tahun sama juga beliau berkahwin dengan Lindsay Mills, seorang akrobat.

Beliau diberikan status pemastautin tetap pada Oktober 2020.[32][33] Snowden dan isterinya memohon kedwiwarganegaraan Rusia-Amerika Syarikat pada November 2020 dengan terbukanya pembenaran oleh pihak pemerintah Rusia pada April tahun sama[34] agar dapat bersama anak pertama mereka yang bakal lahir pada lewat Disember tahun sama..[35]

Bibliografi sunting

Rujukan sunting

Bacaan lanjut sunting

Pautan luar sunting