Draco volans

Cicak terbang, cicak kubung, cicak kubin, cekibar atau bidadari (nama saintifik: Draco volans)[2][3] ialah sejenis cicak dalam keluarga Agamidae.[4][5] Spesies ini ditemukan hinggap di pokok-pokok hutan hujan tropika Asia Tenggara.[6][7]

Draco volans
Seekor cicak kubin di Bali, Indonesia.
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Suborder:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
Nama binomial
Draco volans

Penamaan sunting

Nama cicak umumnya digunakan untuk spesies-spesies dalam genus Hemidactylus[8] terutamanya spesies H. frenatus.[2][9]:253 Walau bagaimanapun, perkataan cicak juga dilanjutkan kepada spesies reptilia bersisik kematu yang mempunyai badan hampir serupa seperti spesies ini.[2]

Nama cicak kubin dan cicak kubung diberikan kerana ia meluncur di udara seperti seekor kubung. Cicak kubung digunakan di Jawa.[10]

Ciri sunting

Badan spesies ini tumbuh sehingga 22 sentimeter panjang termasuk ekornya. Badannya berwarna sawo matang dengan bintik-bintik gelap.[11]

Cicak ini mempunyai kulit yang diregangkan pada kaki-kakinya yang membolehkannya naik udara seperti kelawar dan meluncur, kulit ini disokong tulang-tulang rusuk yang panjang.[12] Kulit diregang cicak jantan berwarna sawo matang atau jingga cerah dengan jalur gelap, kulit diregang cicak betina mempunyai tompok-tompok.[6]

Tabiat sunting

Pemakanan sunting

Ia makan semut dan anai-anai,[11][7][5] ia menunggu mangsanya merangkak masuk medan pemandangannya dilihatnya sebelum menerkam tanpa menggerakkan badannya.[5]

Pembiakan sunting

Cicak jantan menarik perhatian pasangan dengan mengembangkan kulit diregang dan gelambirnya, ia mengelilingi pasangannya sambil mengangguk-anggukkan badannya.

Cicak betina bertelur dalam sarang yang digali bawah tanah lantai hutan.[6]

Rujukan sunting