Demografi Singapura

Teks condongSingapura adalah sebuah negara yang memiliki kepadatan penduduk yang tinggi di dunia. Purata penduduk Singapura naik kepada 2.8% (termasuk penduduk asing) pada tahun 2000.

Kumpulan etnik

sunting

Cina 77%, Melayu 14%, India 7.6%, lain-lain 1.4%.

Sumber: Banci 20008

Bahasa

sunting

Singapura memiliki empat bahasa rasmi: Inggeris, Melayu, Mandarin dan Tamil.

Bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu walaupun penggunaan bahasa Inggeris lebih meluas. Bahasa Inggeris merupakan bahasa perantaraan di antara kaum di Singapura. Ia juga digunakan dalam sistem pendidikan dan dalam pentadbiran kerajaan.

Bahasa Inggeris pasar yang digunakan oleh rakyat Singapura dalam situasi tidak formal dikenali sebagai 'Singlish'.

Walaupun kerajaan Singapura menggalakkan penggunaan Bahasa Mandarin untuk penduduk Cinanya, masih wujud segelintir penduduknya yang lebih selesa berbual dalam dialek masing-masing seperti, Hokkien, Teochew, Kantonis dan lain-lain. Namun penggunaan dialek lebih tertumpu kepada penduduk yang telah telah berumur.

Lebih 60% penduduk India Singapura bertutur dalam bahasa Tamil sebagai bahasa ibunda. Bahasa-bahasa India yang lain termasuk Malayalam,bahasa Telugu danHindi.

Lebih kurang 5000 orang peranakan yang dikenali sebagai Baba dan Nyonya masih menggunakan sebuah dialek bahasa Melayu yang dikenali sebagai Bahasa Melayu Baba.

Singapura pada umumnya membenarkan kebebasan beragama walaupun sesetengah kumpulan diperiksa dengan teliti oleh kerajaan. Terdapat juga kumpulan agama yang telah diharamkan.

Di Singapura, hampir semua orang Melayu beragama Islam. Agama-agama lain yang dianuti oleh masyarakat Singapura termasuk Buddha, Taoisme, Konfusianisme, Hindu, Sikh dan Kristian.

Peratusan penganut agama (umur 15 tahun ke atas):

Buddha/Taoisme51.0%
Islam14.9%
Tiada agama14.8%
Kristian14.6%
Hindu4.0%
Lain-lain (Sikh, Konfucius, etc)0.6%

Sumber: Banci 2000

Jumlah penduduk

sunting

4,600,000 (ang. Julai 2003)

Struktur umur
UmurPeratusanLelakiWanita
0-14 tahun18%390,352365,730
15-64 tahun75%1,520,8751,590,355
65 tahun keatas7%124,413159,539

(ang. 2000)

Kadar pertumbuhan penduduk3.54%
Kadar kelahiran12.79 kelahiran/1,000 penduduk
Kadar kematian4.21 kematian/1,000 penduduk
Kadar migrasi (bersih)26.8 migran/1,000 penduduk

(ang. 2000)


Nisbah jantina
Umurlelaki/wanita
waktu lahir1.08
bawah 15 tahun1.07
15-64 tahun0.96
65 tahun keatas0.78
Jumlah penduduk0.96

(ang. 2000)

Kadar kematian bayi

sunting

3.65 kematian/1,000 kelahiran (ang. 2000)

Jangkahayat

sunting

lelaki:77.1 tahun
wanita:83.23 tahun (ang. 2000)

Kadar kesuburan

sunting

1.16 anak/wanita (ang. 2000)


Kadar literasi

sunting

Umur 15 tahun keatas

Tahun20001990
Jumlah92.5%89.1%
Lelaki96.6%95.1%
Wanita88.6%83.0%

Sumber: Banci 2000

Pautan luar

sunting