Darjah Kemenangan

Darjah Kemenangan (Rusia: Орден "Победa", Orden "Pobeda") adalah darjah kebesaran tertinggi tentera yang dikurniakan untuk khidmat bakti Perang Dunia II bagi Soviet Union, dan salah satu darjah yang jarang-jarang ditemui di dunia. Darjah ini hanya dikurniakan kepada para Jeneral dan Marsyal yang berjaya menjalankan operasi pertempuran yang melibatkan sebuah atau lebih kumpulan tentera darat dan menyebabkan "kejayaan operasi dalam rangka sebuah atau beberapa barisan yang menyebabkan perubahan radikal keadaan yang memihak kepada Tentera Merah". Dalam sejarah, ia telahpun dikurniakan sebanyak 20 kali kepada 12 orang pemimpin Soviet dan 5 orang pemimpin asing, dengan satu pembatalan. Terdapat hanya seorang penerima yang masih hidup pada tahun 2014.

Darjah Kemenangan
درجه کمنڠن
Орден «Победа»
Dianugerahkan oleh  Kesatuan Soviet
JenisAnugerah kebesaran tentera, darjah kebesaran Sunting ini di Wikidata
Dizahirkan8 November 1943
Negara Kesatuan Soviet
KelayakanMarsyal atau jeneral
Perangkaan
Pelantikan pertama10 April 1944
Pelantikan terakhir20 Februari 1978
Jumlah lantikan20
Susunan keutamaan
Lebih tinggiOrder of Lenin
Lebih rendahOrder of St. Andrew the Apostle the First-Called Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Butiran bentuk sunting

Darjah ini diperbuat daripada platinum yang berbentuk bintang pecah lima dengan pancaran-pancaran emas antara bucu, berukuran 72 mm diameter. Bintang ini dipenuhi dengan 174 batu berlian seberat 16 karat (3.2 g), manakala bucu bintang diperbuat daripada batu delima sintetik (keperluan lima batu menjadi warna pakaian seragam menghalang penggunaan permata semula jadi). Di tengah bintang adalah medalion perak, berserta dinding Kremlin Moscow, Menara Spasskaya dan Makam Lenin yang digambarkan warna emas dikelilingi oleh ikatan dahan laurel dan daun oak juga berwarna emas. Laurel dan oak terikat dengan panji-panji merah. Langit di latar belakang pula bertatahkan enamel biru.

Bertentangan langit, huruf "СССР" (KRSS) berwarna emas berpusat di bahagian atas medalion, manakala perkataan "Победа" (Kemenangan) dipaparkan pada panji-panji merah di bahagian bawah. Jumlah keseluruhan berat darjah itu ialah 78g, yang terdiri daripada 47g platinum, 2g emas, 19g perak, 25 karat delima ​​dan 16 karat berlian.

Tidak dibuat di kilang syiling, setiap Darjah dibuat di bengkel seorang tukang emas.

Bar reben sunting

Reben beberapa darjah Soviet telah disatukan bagi membentuk Reben Darjah. Jumlah panjang reben ialah 44 mm dan ia kebanyakkannya disemat pada pakaian seragam tentera. Darjah-darjah berikut digambarkan dalam bentuk reben (baca dari luar hingga tengah):

  • Darjah Kegemilangan (Орден Славы/Orden Slavy). Oren dengan jalur tengah hitam
  • Darjah Bogdan Khmelnitsky (Орден Богдана Хмельницкого/Orden Bogdana Khmelnitskogo). Jalur biru muda
  • Darjah Alexander Nevsky (Орден Александра Невского/Orden Aleksandra Nevskogo). Jalur merah gelap
  • Darjah Kutuzov (Орден Кутузова/Orden Kutuzova). Jalur biru gelap
  • Darjah Suvorov (Орден Суворова/Orden Suvorova). Jalur hijau
  • Darjah Lenin (Орден Ленина/Orden Lenina). Jalur besar merah (bahagian tengah)

Senarai penerima sunting

Fil Marsyal British Bernard Montgomery (kiri, memakai beret) telah dikurniakan darjah Order of Victory pada 5 Jun 1945. Jeneral Amerika Dwight Eisenhower dan Marsyal Soviet Georgi Zhukov, juga penerima darjah Order of Victory, sebelah kanan Montgomery. Marsyal Udara British Sir Arthur Tedder (kanan Zhukov) juga hadir.
#TarikhNamaMatiRingkasan
11944-04-10April 10, 1944 Georgi Zhukov1974-06-18June 18, 1974
21944-04-10April 10, 1944 Aleksandr Vasilevsky1977-12-05December 5, 1977
31944-04-10April 10, 1944 Joseph Stalin1953-03-05March 5, 1953
41945-03-30March 30, 1945 Konstantin Rokossovsky1968-08-03August 3, 1968
51945-03-30March 30, 1945 Ivan Konev1973-05-21May 21, 1973
61945-04-19April 19, 1945 Aleksandr Vasilevsky1977-12-05December 5, 1977(2 kali)
71945-04-26April 26, 1945 Rodion Malinovsky1967-03-31March 31, 1967
81945-04-26April 26, 1945 Fyodor Tolbukhin1949-10-17October 17, 1949
91945-05-31May 31, 1945 Leonid Govorov1955-03-19March 19, 1955
101945-05-31May 31, 1945 Georgi Zhukov1974-06-18June 18, 1974(2 kali)
111945-06-04June 4, 1945 Semyon Timoshenko1970-03-31March 31, 1970
121945-06-04June 4, 1945 Aleksei Antonov1962-06-18June 18, 1962
131945-06-05June 5, 1945 Bernard Montgomery1976-03-24March 24, 1976
141945-06-05June 10, 1945 Dwight D. Eisenhower1969-03-28March 28, 1969
151945-06-26June 26, 1945 Joseph Stalin1953-03-05March 5, 1953(2 kali)
161945-07-06July 6, 1945 Michael dari Romania2-Penerima tunggal masih hidup pada 2014
171945-08-09August 9, 1945 Michał Rola-Żymierski1989-10-15October 15, 1989
181945-09-08September 8, 1945 Kirill Meretskov1968-12-30December 30, 1968
191945-09-09September 9, 1945 Josip Broz Tito1980-05-04May 4, 1980
201978-02-20February 20, 1978 Leonid Brezhnev1982-11-10November 10, 1982Dibatalkan (selepas mati)

Pautan luar sunting