Daniel Alves

(Dilencongkan dari Dani Alves)

Daniel Alves da Silva (lahir 6 Mei 1983), atau dikenali sebagai Dani Alves (sebutan dalam bahasa Portugis: [ˈdɐ̃ni ˈawvis]), merupakan bekas pemain bola sepak Brazil. Beliau bermain di posisi bek.

Dani Alves
Maklumat peribadi
Nama penuhDaniel Alves da Silva[1]
Tarikh lahir (1983-05-06) 6 Mei 1983 (umur 41)
Tempat lahirJuazeiro, Brazil
Ketinggian1.75 m (5 ka 9 in)[2]
Posisi permainanBek kanan
Nombor10
Kerjaya remaja
Juazeiro
Bahia
Kerjaya Senior*
TahunPasukanKmcln(Gol)
2001–2002Bahia25(2)
2002–2008Sevilla175(11)
2008–2016Barcelona247(14)
2016–2017Juventus19(2)
2017–2019Paris Saint-Germain48(2)
2019–2021São Paulo95(9)
2021-2022Barcelona20(1)
2022-2023UNAM Pumas13(0)
Pasukan kebangsaan
Brazil B207(0)
2006–Brazil126(8)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 24 Mei 2019
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 7 Julai 2019

Kerjaya kelab sunting

Bahia sunting

Alves membuat debut profesional untuk Esporte Clube Bahia ketika menentang Paraná Clube dalam saingan Campeonato Brasileiro Série A 2001. Bahia menang 3–0, bersama Alves yang membuat dua hantaran. Jurulatih Evaristo de Macedo memberikan peluang untuk beliau memilih pasukan untuk kerjayanya. Aksi beliau yang baik telah menarik perhatian dari sebelah Sepanyol, Sevilla FC pada 2002.[3]

Sevilla sunting

Selepas musim 2002–03, Alves bermain dalam Kejohanan Remaja Dunia FIFA 2003, di mana beliau menjadi inspirasi pemain Brazil untuk memenangi kejohanan itu. Beliau dinamakan pemain ketiga terbaik dalam kejohanan itu. Selepas kejohanan itu, Sevilla ingin membeli beliau secara kekal kerana sebelum ini, beliau bermain dengan Sevilla secara pinjaman.

Pada Jun 2006, Sevilla bersetuju untuk menjual Alves ke Liverpool, tetapi Liverpool tidak selesa dengan harga yang ditawarkan oleh Sevilla sebanyak £8 juta.[4] Pada Disember 2006, beliau menandatangani kontrak baru bersama Sevilla, dan beliau kekal bersama Sevilla sehingga 2012.[5] Beliau membuat aksi yang terbaik pada musim 2006–07, dengan membuat 47 penampilan dan menjaringkan lima gol. Beliau bermain semua perlawanan untuk Sevilla dalam kejohanan Piala UEFA, termasuklah perlawanan akhir di mana Sevilla menang.

Beliau telah memiliki kewarganegaraan Sepanyol, dan beliau boleh untuk memiliki kuota bukan-EU(Kesatuan Eropah), jadi beliau memiliki permit kerja untuk bermain di mana-mana negara EU.[6]

Pada 1 Ogos 2007, Alves memberitahu SporTV bahawa beliau akan meninggalkan Sevilla untuk ke kelab gergasi Eropah.[7] Beliau juga berbesar hati kerana Chelsea ingin menggunakan khidmatnya dan beliau tidak akan melepaskan peluangnya.[8] Dalam satu temu ramah bersama Antena 3 pada 8 Ogos, Dani Alves bersetuju bahawa ejennya telah berada di England untuk berbincang dengan tawaran Chelsea.[9]

Pada 16 Ogos 2007, Sevilla menolak bidaan dari Chelsea dan 6 hari kemudian, Sevilla menolak lagi 2 bidaan dari Chelsea.[10][11] Alves kemudian meluahkan perasaan kecewanya kepada presiden Sevilla José María del Nido kerana peluangnya untuk ke Stamford Bridge kini hancur, apabila Chelsea telah menandatangani pemain bek Brazil, Juliano Belletti dengan harga yang jauh lebih kurang.[12]

Selepas "perang mulut" di antara Alves dan presiden Sevilla del Nido,[13] Alves mengatakan bahawa beliau akan terus tinggal di Sevilla selepas beliau berdamai dengan presiden itu.

Barcelona sunting

Alves bersama Barcelona pada 2011.

Pada 2 Julai 2008, Alves sertai FC Barcelona.[14] Harga yang dilaporkan ialah sebanyak £23 juta, menjadikan beliau bahawa pemain pertahanan yang paling mahal[15] dan pemain ketiga paling mahal dibeli oleh Barca. Beliau menandatangani kontrak empat tahun bersama Barca, kontrak itu berharga €90 juta.

Alves membuat penampilan pertama untuk Barcelona ketika menentang kelab Poland, Wisła Kraków dalam pusingan ketiga kelayakan Liga Juara-Juara UEFA 2008-09 pada 13 Ogos 2008.[16] Beliau membuat debut La Liga bersama Barca ketika menentang CD Numancia pada 31 Ogos 2008.[17] Beliau terlepas perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah 2009 selepas memiliki dua kad kuning, Barca membenam Manchester United, 2-0.

Dalam musim keduanya di Barça, Alves bersama pasukannya memenangai gelaran La Liga dan menjuarai Piala Dunia Kelab FIFA 2009. Pada musim 2010-11, Alves bersama Barcelona memenangi gelaran La Liga buat kali ketiga.

Pada 28 Mei 2011, Alves bermain buat pertama kali di perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah menentang Manchester United, 3-1 di Stadium Wembley.

Pada musim 2011–12, Alves sebahagian daripada skuad Barcelona yang memenangi Copa del Rey dan Piala Dunia Kelab FIFA 2011. Dalam musim 2012–13, Alves bersama Barcelona memenangai gelaran La Liga buat kali keempat dalam musim keempatnya di Barça.

Pada musim 2013–14, Alves menyarung jersi nombor 22 yang pernah disarung oleh rakannya, Éric Abidal.[18]

Kerjaya antarabangsa sunting

Dani Alves bersama trofi Piala Konfederasi FIFA.

Alves membuat penampilan pertama untuk pasukan kebangsaan Brazil dalam perlawanan tidak rasmi menentang kelab Kuwait, Al-Kuwait Selection pada 7 Oktober 2006. Tiga hari kemudian, beliau memiliki kaps pertamanya ketika menentang Ecuador dalam perlawanan persahabatan. Beliau termasuk dalam skuad Brazil yang beraksi di Copa América 2007. Beliau bermain untuk Brazil sebanyak empat perlawanan termasuk membuat satu hantaran dan menjaringkan gol ketika menentang Argentina dalam perlawanan akhir. Alves sebagai pemain gantian ketika separuh akhir Piala Konfederasi FIFA 2009 menentang Afrika Selatan, beliau juga menyelamatkan maruah Brazil dengan menjaringkan gol kemenangan amelalui sepakan percuma pada minit ke-88, Brazil menang 1-0.[19]

Gol antarabangsa sunting

#TarikhArenaPihak lawanSkorKeputusanKejohanan
115 Julai 2007Estádio José Encarnación Romero, Maracaibo, Venezuela  Argentina3–03–0Copa América 2007
26 Jun 2009Stadium Centenario, Montevideo, Uruguay  Uruguay0–10–4Kelayakan Piala Dunia 2010
325 Jun 2009Stadium Ellis Park, Johannesburg, Afrika Selatan  Afrika Selatan1–01–1Piala Konfederasi FIFA 2009
47 Oktober 2010Stadium Sheikh Zayed, Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu  Iran1–03–0Persahabatan
511 Oktober 2010Stadium Pride Park, Derby, England  Ukraine1–12–2Persahabatan
6.3 Jun 2014Estádio Serra Dourada, Goiânia, Brazil  Panama3–03–0Persahabatan

Statistik kerjaya sunting

Kelab sunting

Sehingga 7 Disember 2014.[20]
KelabMusimLigaPialaEropahLain[21]Jumlah
KmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGol
Bahia20016060
2002192192
Jumlah252252
Sevilla2002–0310010110
2003–0429161352
2004–053322090442
2005–0636320140523
2006–073438014210575
2007–08332308230474
Jumlah175112214544024616
Barcelona2008–0934580120545
2009–102933011030483
2010–113525012220544
2011–123325110030523
2012–133006010110471
2013–14272508220424
2014–15110005000160
Jumlah1991432168514031320
Jumlah kerjaya39927542113918058438

Penghargaan sunting

Kelab sunting

Bahia
Sevilla
Barcelona

Brazil sunting

Individu sunting

Rujukan sunting