Bella Thorne

Annabella Avery "Bella" Thorne[1] (lahir Oktober 8, 1997) ialah seorang pelakon, penyanyi dan model Amerika Syarikat. Beliau dikenali dengan peranannya sebagai Ruthy Spivey dalam siri TV, My Own Worst Enemy, Tancy Henrickson dalam musim keempat Big Love dan CeCe Jones dalam siri Disney Channel, Shake It Up. Beliau juga muncul sebagai Hilary/"Larry" dalam Blended dan sebagai Celia dalam Alexander and the Terrible, Horrible, No Good, Very Bad Day. Pada tahun 2015, beliau melakonkan watak Madison dalam The Duff dan Amanda dalam Perfect High.

Bella Thorne
Thorne pada tahun 2014.
Kelahiran
Annabella Avery Thorne

(1997-10-08) 8 Oktober 1997 (umur 26)
Pembroke Pines, Florida, Amerika Syarikat
Pekerjaan
  • Pelakon
  • penyanyi
  • model
Tahun aktif2003–sekarang
Kerjaya muzik
Genre
  • Pop
  • R&B
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Hollywood
Laman sesawang
bellathorneofficial.com

Kehidupan awal

sunting

Thorne dilahirkan di Pembroke Pines, Florida, kepada Tamara dan Delancey Reinaldo "Rey" Thorne.[2][3][4] Beliau mempunyai tiga orang adik beradik, Kaili, Danielle dan Remy.[2][5] Bapanya berketurunan Cuba dan Thorne menyatakan bahawa beliau juga berketurunan Itali dan Ireland.[6] Beliau pernah menjadi model kanak-kanak.[2]

Karier

sunting

2003–09

sunting
Thorne pada tahun 2009.

Penampilan filem pertama Thorne adalah peranan tidak dikredit dalam filem 2003, Stuck on You. Beliau sejak itu telah muncul dalam projek-projek filem dan televisyen termasuk Entourage dan The O.C.. Pada tahun 2007, beliau menyertai barisan pelakon musim kedua Dirty Sexy Money' sebagai Margaux Darling. Pada tahun 2008, Thorne membintangi bersama Christian Slater dan Taylor Lautner dalam drama bersiri, My Own Worst Enemy, dimana beliau memenangi Anugerah Artis Muda untuk lakonannya sebagai Ruthy Spivey; Pada tahun 2008, beliau mempunyai peranan dalam October Road sebagai Angela Ferilli.

Pada tahun 2009, beliau membintangi Little Monk sebagai Wendy. Juga pada tahun 2009, beliau mempunyai peranan dalam Forget Me Not. Thorne mempunyai peranan sokongan dalam Raspberry Magic, filem ini dibuka di Festival Filem Cinequest[7] dan Festival Filem Orang Asia Amerika Antarabangsa San Francisco pada tahun 2010.[8]

2010–13

sunting
Thorne pada tahun 2012

Pada tahun 2010, Thorne menggantikan Jolean Wejbe sebagai Tancy "Teenie" Henrickson dalam Musim 4 siri HBO, Big Love.[9] Thorne membintangi sitkom Disney Channel, Shake It Up. Thorne melakonkan watak CeCe Jones.[10] Lagu single pertama Thorne, "Watch Me" dikeluarkan pada Jun 21, mencapai nombor 86 dalam carta Billboard Hot 100. Pada September 29, 2011, Disney Channel mengumumkan bahawa mereka telah menambah episod musim kedua Shake It Up' kepada 26 episod.[11]

Pada Jun 4, 2012, Disney Channel mengumumkan bahawa Shake It Up telah diperbaharui untuk musim ketiga[12] Pada tahun 2012, Thorne melakonkan watak Avalon Greene dalam Frenemies.[13] "TTYLXOX" dikeluarkan pada Mac 6, mencapai nombor 97 dalam carta Billboard Hot 100.[14] Pada Mac 30, 2013, ia telah disahkan oleh Hollywood Records melalui Twitter bahawa Bella telah secara rasmi menandatangani untuk label rekod itu.[15] Pada Julai 25, Disney Channel mengesahkan bahawa Shake It Up akan dibatalkan selepas berakhir musim ketiga.[16][17]

2014–sekarang

sunting
Thorne di Anugerah Imagen

Pada tahun 2014, Thorne membintangi Blended bersama Adam Sandler dan Drew Barrymore.[18] Beliau juga membintangi Alexander and the Terrible, Horrible, No Good, Very Bad Day (2014) dan The Duff (2015).[19] Pada Julai 30, Thorne telah dipilih untuk berlakon dalam sebuah episod musim kelima belas drama CBS, CSI.[20] Episod itu, "The Book of Shadows," ditayangkan pada Oktober 19, 2014.[21] Thorne muncul dalam Mostly Ghostly 2: Have You Met My Ghoulfriend sebagai Cammy Cahill.[22] Beliau mengeluarkan sebuah EP, Jersey pada November 17.[23][24][25]

Ia telah dilaporkan bahawa Thorne telah menandatangani perjanjian baru untuk menulis buku bermula dengan novel pertamanya, Autumn Falls.[26] Thorne telah menandatangani untuk membintangi Big Sky sebagai Hazel.[27] Beliau juga akan melakonkann watak Jamie dalam Home Invasion.[28] Pada Disember 12, Thorne telah dipilih untuk berlakon dalam siri MTV, Scream.[29] Pada tahun 2015, Thorne mempunyai peranan dalam The Frog Kingdom, menyuarakan watak Puteri Katak. Pada Jun 1, 2015 ia telah diumumkan bahawa Thorne akan membintangi Shovel Buddies sebagai Kate.[30]

Thorne mengesahkan bahawa beliau telah menandatangani untuk munucl dalam Midnight Sun sebagai Katie.[31]

Filmografi

sunting
Filem
TahunTajukPerananNota
2003Stuck on YouMC Sideline
2007Craw LakeJuliaFilem pendek
2007Finishing the GameSue
2007Blind AmbitionAnnabella
2007The SeerClaire Sue (muda)
2009Water PillsPsych Out GirlFilem pendek
2009Forget Me NotAngela Smith (muda)
2010One WishThe Messenger
2010Raspberry MagicSarah Patterson
2012Behind the ScenesDiri sendiriDokumentari
2012FrenemiesAvalon Greene
2014BlendedHilary "Larry" Friedman
2014Alexander and the Terrible, Horrible, No Good, Very Bad DayCelia Rodriguez
2014Mostly Ghostly: Have You Met My Ghoulfriend?Cammy CahillTerus-ke-DVD
2015The DuffMadison Morgan
2015UnderdogsLaura (muda)Suara
2015The Frog KingdomPrincess FroglegsSuara
2015Big SkyHazel[27]
2015The Snow KingGerdaSuara[32]
2015Alvin and the Chipmunks: The Road ChipAshley
2016Ratchet & ClankCoraSuara
2016Amityville: The ReawakeningBelle Jones
2016Home Invasion[28]Jamie
2016Shovel BuddiesKate
2016Midnight SunKatie
2016The Babysitter
Televisyen
TahunTajukPerananNota
2006EntourageKid"I Wanna Be Sedated" (Musim 3: episod 10)
2007The O.C.Taylor Townsend muda"The Case of the Franks" (Musim 4: episod 13)
2007–08Dirty Sexy MoneyMargaux DarlingPeranan berulang (Musim 2)
2008October RoadAngela Ferilli"Stand Alone by Me" (Musim 2: episod 11)
2008My Own Worst EnemyRuthy SpiveyPeranan utama
2009In the MotherhoodAnnie"Practice What You Preach" (Musim 2: episod 11)
2009MentalEmilyPilot (Musim 1: episod 1)
2010Big LoveTancy "Teenie" HenricksonPeranan utama (Musim 4)
2010Wizards of Waverly PlaceNancy Lukey"Max's Secret Girlfriend" (Musim 3: episod 19)
2010–13Shake It UpCeCe JonesWatak utama
2011Good Luck CharlieCeCe Jones"Charlie Shakes It Up" (Musim 2: episod 13)
2011PrankStarsDiri sendiri"Adventures in Dogsitting" (Musim 1: episod 5)
2012FrenemiesAvalon Greene
2014Phineas and FerbBrigitteSuara; "Night of the Living Pharmacists " (Musim 4: episod 30)
2014CSI: Crime Scene InvestigationHannah Hunt"The Book of Shadows" (Musim 15: episod 4)
2014Red Band SocietyDelaney Shaw"How Did We Get Here?" (Musim 1: episod 9)
"What I Did For Love" (Musim 1: episod 10)
2015K.C. UndercoverJolie"Spy-Anoia Will Destroy Ya" (Musim 1: episod 9)
2015Perfect HighAmandaFilem televisyen Lifetime
2015ScreamNina PattersonPeranan berulang
2016[33]Famous in LovePaige Turner
Web
TahunTajukPerananNota
2009Little MonkWendyPeranan utama; siri web
2010My Day. My LifeDiri sendiriDokumentari di laman web Teen[34]
Permainan video
TahunTajukSuara
2006The Ant BullyAnt Kid

Pentas

sunting
TahunTajukPerananNota
2015Alice in WonderlandAliceMac 12–Mei 3[35][36]

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting