Asklepios
Asklepios (Bahasa Yunani Kuno: Ἀσκληπιός Asklēpiós [asklɛːpiós]; Latin Aesculapius) merupakan dewa perubatan dan penyembuhan dalam agama Yunani purba. Asklepios melambangkan aspek penyembuhan dalam seni perubatan; puteri-puterinya ialah Hygieia (dewi/personifikasi kesihatan, kebersihan dan sanitasi), Iaso (dewi pemulihan dari penyakit), Akeso (dewi proses penyembuhan), Aglæa/Ægle (dewi kecantikan, keindahan, kemuliaan, ketersergaman, dan perhiasan), dan Panakea (dewi pengubat sejagat). Asklepios disamakan dengan dewa Rom Vediovis. Beliau adalah salah seorang putera Apollo yang berkongsi dengan ayahandanya julukan Paean ("Penyembuh").[2] Tongkat Asklepios yang dilingkari ular merupakan lambang perubatan masa kini.
Asklepios | |
---|---|
Dewa perubatan, penyembuhan, pemudaan semula dan tabib | |
Simbol | Tongkat lingkar ular |
Pasangan | Epione |
Ibu bapa | Apollo dan Koronis |
Anak-anak | Hygieia, Iaso, Akeso, Aglaea, dan Panakea |
Rujukan sunting
- ^ Patung Asklepios jenis Este. Marmar pentelik, tiruan zaman Rom dari ca. 160 M sempena patung asli abad ke-4 SM. Dari rumah berhala Asklepios di Epidaurus (Muzium Kaji Purba Negara, Athens, inv. 263).
- ^ Mitchell-Boyask, p. 141
🔥 Top keywords: Jemaah IslamiyahAku Bukan UstazahLaman UtamaAzahari HusinAbu Bakar BasyirNoordin Mohammad TopErysha EmyraKhas:CariSkizofreniaPedofiliaRacun RihannaKhas:Perubahan terkiniNoniswaraTakdir Itu Milik AkuBalai Polis Batu PahatInna lillahi wa inna ilaihi raji'unPeribahasa MelayuUlu TiramFitopemulihanAbu SayyafAl-QaedaMK K-CliqueMalang Si PuteriBarisan Jemaah Islamiah Se-MalaysiaMuhamad Akmal SalehAl-Ma'unahPengeboman Bali 2002Senarai filem Malaysia berdasarkan kutipan tertinggiHari WesakZUS CoffeeMandi wajibPeristiwa Bukit KepongSekolah Tarbiyah Islamiyah Luqmanul HakiemSultan Ibrahim ibni Sultan IskandarJemaah Islamiah Malaysia 2010Senarai peribahasa (A–M)Hello JodohYang di-Pertuan AgongKelantan Darul Naim F.C.