The Muppets (filem)

The Muppets ialah filem muzikal komedi Amerika Syarikat 2011 dan filem teater ketujuh memaparkan the Muppets.[5] Filem ini diarahkan oleh James Bobin, ditulis oleh Jason Segel dan Nicholas Stoller, dihasilkan oleh David Hoberman dan Todd Lieberman, dan dibintangi Jason Segel, Amy Adams, Chris Cooper dan Rashida Jones, serta pelakon Muppet Steve Whitmire, Eric Jacobson, Dave Goelz, Bill Barretta, David Rudman, Matt Vogel dan Peter Linz. Skor filem ini digubah oleh Christophe Beck manakala ahli Flight of the Conchords, Bret McKenzie berkhidmat sebagai penyelia muzik, menulis empat daripada lima lagu-lagu asal filem ini.[6] Dalam The Muppets, peminat setia Walter, abangnya Gary dan teman wanita Gary, Mary, membantu Kermit the Frog menyatukan kembali the Muppets dan mereka perlu mengumpulkan $10 juta untuk menyelamatkan Muppet Theater dari Tex Richman, seorang ahli perniagaan yang merancang untuk merobohkan studio itu untuk menggerudi minyak.

The Muppets
PengarahJames Bobin
PenulisJason Segel
Nicholas Stoller
Dihasilkan olehDavid Hoberman
Todd Lieberman
DibintangiJason Segel
Amy Adams
Chris Cooper
Rashida Jones
SinematografiDon Burgess
Disunting olehJames Thomas
Alan Baumgarten
Muzik olehChristophe Beck
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehWalt Disney Studios
Motion Pictures
Tarikh tayangan
  • 4 November 2011 (2011-11-04) (Festival Filem Savannah)
  • 23 November 2011 (2011-11-23) (Amerika Syarikat)
Masa tayangan
103 minit[1]
NegaraAmerika Syarikat
BahasaEnglish
Bajet$45 juta[2][3]
Pecah panggung$165.2 juta[4]

Walt Disney Pictures pada asalnya mengumumkan pembangunan filem ini pada bulan Mac 2008, dengan Segel dan Stoller menulis lakon layar dan Mandeville Films menghasilkan bersama filem ini. Bobin dilantik untuk mengarah pada bulan Januari 2010 dan barisan pelakon sokongan filem ini telah diisi pada bulan Oktober tahun yang sama, dengan pemilihan Adams, Cooper dan Jones. Pengambaran bermula pada bulan September 2010 dan telah diselesaikan secara sepenuhnya di Los Angeles, California. Filem ini adalah pengeluaran teater Muppet pertama tanpa penglibatan daripada pelakon Muppet veteran Frank Oz dan Jerry Nelson, tetapi Nelson membuat penampilan vokal kameo yang tidak dikredit.[7][8] Sebaliknya, watak-watak mereka telah dipersembahkan oleh Jacobson dan Vogel.

The Muppets dibuka di Festival Filem Savannah 2011 dan ditayangkan di Amerika Utara pada November 23, 2011.[9] Filem ini mencapai kejayaan kritikal dan komersial; mengutip $165 juta di seluruh dunia berbanding bajet $45 juta. Filem ini memenangi Anugerah Akademi untuk Lagu Asal Terbaik serta mendapat pencalonan BAFTA, Anugerah Grammy dan Critic's Choice Awards. Sebuah sekuel, Muppets Most Wanted ditayangkan pada Mac 21, 2014.[10]

Plot sunting

Apabila 3 peminat Muppet mempelajari bahawa Tex Richman mahu menggerudi bawah Muppet Theater untuk minyak, Gary, Mary dan Walter keluar untuk mencari the Muppets yang telah berpecah selama bertahun-tahun supaya mereka boleh melakukan satu persembahan terakhir dan menyelamatkan Muppet Theater. Kermit the Frog kini menetap di rumah sendiri tertekan di Hollywood, 'The Great Gonzo' adalah tukang paip kelas tinggi di Gonzo's Royal Flush, Fozzie Bear berada dalam banda bernama The Moopets, Miss Piggy adalah editor fesyen di Vogue Paris dan Animal berada di pusat pemulihan pengurusan kemaharan selebriti di Santa Barbara.

Pelakon sunting

Pelakon Muppet sunting

  • Steve Whitmire sebagai Kermit the Frog, Beaker, Statler, Rizzo the Rat, Link Hogthrob, Lips, The Muppet Newsman [18]
  • Eric Jacobson sebagai Miss Piggy, Fozzie Bear, Animal, Sam Eagle, Marvin Suggs[18]
  • Dave Goelz sebagai Gonzo, Dr. Bunsen Honeydew, Zoot, Beauregard, Waldorf, Kermit Moopet[18]
  • Bill Barretta sebagai Rowlf the Dog, Swedish Chef, Dr. Teeth, Pepé the King Prawn, Bobo the Bear, Mahna Mahna, Behemoth, Fozzie Moopet, Muppet Gary[18][19]
  • David Rudman sebagai Scooter, Janice, Wayne, Miss Poogy[18]
  • Matt Vogel sebagai Floyd Pepper, Camilla the Chicken, Sweetums, '80s Robot, Lew Zealand, Uncle Deadly, Crazy Harry, Rowlf Moopet[18]
  • Peter Linz sebagai Walter[18]

Rakaman arkib Jim Henson, Frank Oz, Jerry Nelson dan Richard Hunt boleh didengari dalam filem melalui segmen The Muppet Show dalam imbasan pembukaan. Dalam persembahan terakhir Muppetsnya, Nelson menyambung wataknya dari The Muppet Show sebagai juruhebah The Muppet Telethon.

Penampilan kameo sunting

Rob Corddry, Billy Crystal, Ricky Gervais, Kathy Griffin, Sarah Hyland, Sterling Knight, Wanda Sykes dan Danny Trejo dipaparkan dalam adegan yang dikeluarkan daripada potongan terakhir filem. Corddry, Gervais dan Trejo kemudiannya muncul dalam Muppets Most Wanted.

Tayangan sunting

The Muppets dibuka di Festival Filem Savannah 2011 dan mengadakan pembukaan dunia pada November 12, 2011, di El Capitan Theatre, Hollywood.[27] Filem ini ditayangkan di Amerika Syarikat pada November 23, 2011 dan di United Kingdom pada Februari 10, 2012.[9][28][29][30][31]

Penerimaan sunting

The Muppets mencapai kejayaan komersial, mendapat kutipan box office hampir empat kali ganda bajet $45 juta. Filem ini ditutup pada April 5, 2012, mengutip $88,631,237 di Amerika Utara dan $76,553,000 di wilayah-wilayah lain dengan jumlah terkumpul seluruh dunia sebanyak $165,184,237,[32] menjadikannya filem Muppet dengan kutipan tertinggi dan filem pertama dalam siri ini untuk mengutip lebih daripada $100 juta di seluruh dunia.[4][33]

The Muppets menerima pujian kritikal.[34] Rotten Tomatoes melaporkan bahawa 96% daripada 204 pengkritik memberi filem ini ulasan positif dengan purata 8 daripada 10,[35] dan merupakan filem dengan rating tertinggi dalam siri Muppets. Metacritic memberi filem ini skor 75/100 berdasarkan 37 ulasan.[36] Penonton CinemaScore memberi The Muppets gred "A" daripada skala A+ ke F.[37]

Sekuel sunting

Pada bulan Mac 2012, selepas kejayaan kritikal dan komersial filem ini, Walt Disney Pictures mendapatkan kontrak dengan James Bobin dan Nicholas Stoller untuk mengarah dan menulis filem baru.[38][39] Pada Mac 4, Jason Segel berkata dia tidak akan terlibat dengan sekuel.[40] Pada April 24, Walt Disney Studios secara rasmi mengumumkan bahawa sekuel sedang dalam pembangunan dan Ricky Gervais,[41] Ty Burrell,[42] dan Tina Fey[43] telah dipilih untuk filem ini manakala David Hoberman dan Todd Lieberman kembali sebagai pengeluar dan Bret McKenzie kembali untuk menulis lagu filem.[44] Muppets Most Wanted ditayangkan pada Mac 21, 2014.[10][45]

Rujukan sunting

Pautan luar sunting