Simbol amaran bahaya

Simbol amaran bahaya adalah merupakan simbol-simbol yang boleh dikenalpasti, direka untuk tujuan memberi amaran mengenai bahan-bahan, lokasi, atau objek yang berbahaya; termasuk arus elektrik, racun, dan keradioaktifan. Penggunaan simbol bahaya sering dikawal selia oleh undang-undang dan diarahkan oleh organisasi pemiawaian. Simbol bahaya boleh muncul dengan warna, latar belakang, sempadan ruang dan maklumat tambahan yang berbeza untuk menentukan jenis bahaya. Simbol amaran digunakan di banyak tempat sebagai pengganti atau tambahan kepada amaran bertulis kerana ianya cepat dikenalpasti (lebih cepat daripada membaca amaran bertulis) dan lebih difahami secara universal (simbol yang sama boleh diiktiraf sebagai mempunyai erti yang sama kepada penutur bahasa yang berbeza).

Lambang tengkorak dan tulang bersilang, simbol lazim bagi racun dan lain-lain sumber bahaya maut.

Senarai simbol bahaya

sunting
Nama simbol bahayaSimbolUnikodImej
Amaran umumU+2621
Simbol toksikU+2620
Mr. Yuk, toksik (untuk kanak-kanak)N/AN/A
Simbol sinaran pengionU+2622
Simbol Bahaya radiasi - sumber beraras tinggi??
Simbol sinaran tidak mengion??
Simbol biobahayaU+2623
Tanda amaranU+26A0
Tanda voltan tinggiU+26A1
Simbol senjata kimia??
Simbol amaran laser??
Simbol kemalanganU+26CC
Simbol kereta kurang upayaU+26CD
Simbol jalan beraisU+26D0
Tanda-tanda bahaya yang lain boleh didapati dalam senarai Piktogram bahaya GHS dan juga senarai tanda amaran DIN 4844-2

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting