Kumpulan Phoenix

pertubuhan rahsia cereka dalam dunia Harry Potter
Persatuan Harry Potter
Kumpulan Phoenix
Ibu PejabatNombor 12, Grimmauld Place
KetuaTidak diketahui (dahulu Albus Dumbledore)
TujuanMenghalang Lord Voldemort dari menjalankan rancangannya
MusuhLord Voldemort dan Death Eater; pihak penentang Kementerian Sihir.
Kemunculan PertamaHarry Potter dalam Kumpulan Phoenix, walaupun disebutkan tanpa nama secara ringkas pada hujung Harry Potter dalam Piala Api

Kumpulan Phoenix merupakan persatuan rekaan dalam siri Harry Potter oleh J. K. Rowling. Frasa ini sering digunakan dalam buku kelima Harry Potter, dikenali sebagai Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix, iaitu ketika kumpulan ini mula diperkenalkan.

Kumpulan ini telah ditubuhkan oleh Albus Dumbledore untuk menentang Voldemort dan pengikutnya, Death Eater. Pemilihan nama tidak disebutkan dalam buku tetapi ia mungkin berkait dengan Fawkes, burung phoenix peliharaan Profesor Dumbledore, yang dijadikan pengutus pesanan bagi Kumpulan tersebut, atau lebih umum lagi Dumbledore menggunakannya sebagai maskot -- melalui patronusnya.

Ahli Kumpulan Phoenix sunting

Gambar ahli Kumpulan Phoenix yang asal.


Yang tinggal ketika hujung buku keenam sunting

Bekas ahli sunting

NamaSebab Meninggalkan Kumpulan
Sirius "Padfoot" BlackTerbunuh ketika Perang Kedua oleh Bellatrix Lestrange dalam Pertarungan Jabatan Misteri.
Edgar BonesTerbunuh bersama keluarganya ketika Perang Pertama.
Caradoc DearbornHilang ketika Perang Pertama, kemungkinan mati.
Lily Evans PotterDibunuh ketika Perang Pertama oleh Voldemort.
James PotterDibunuh ketika Perang Pertama oleh Voldemort.
Albus DumbledoreDibunuh ketika Perang Kedua oleh Severus Snape di atas Menara Astronomi, dalam pertarungan di Hogwarts.
Benjy FenwickTerbunuh ketika Perang Pertama.
Alice LongbottomMenjadi tidak siuman setelah diseksa oleh Bellatrix, Rabastan, dan Rodolphus Lestrange, serta Barty Crouch Junior selepas Voldemort ditewaskan.
Frank LongbottomMenjadi tidak siuman setelah diseksa oleh Bellatrix, Rabastan, dan Rodolphus Lestrange, serta Barty Crouch Junior selepas Voldemort ditewaskan.
Marlene McKinnonDibunuh bersama seluruh keluarganya dalam Perang Pertama.
Dorcas MeadowesDibunuh oleh Voldemort ketika Perang Pertama.
Peter "Wormtail" PettigrewMengkhianati James dan Lily Potter yang menyebabkan kematian mereka—menyertai Death Eater. Mati

selepas dibunuh oleh tangan sihirnya dalam Harry Potter dengan Azimat Maut.

Severus SnapeMembunuh Dumbledore dan melarikan diri bersama Draco Malfoy, ketika dikejar oleh Harry. Mati dibunuh oleh ular kesayangan dan Horcrux Lord Voldemort,Nagini.
Gideon PrewettAbang Molly Weasley, ketika Perang Pertama, ia mengambil lima orang Death Death Eater (termasuk Antonin Dolohov) untuk mengalahkannya bersama adiknya.
Fabian PrewettJuga abang Molly Weasley, ketika Perang Pertama, ia mengambil lima orang Death Death Eater (termasuk Antonin Dolohov) untuk mengalahkannya bersama abangnya.
Emmeline VanceTerbunuh ketika Perang Kedua berhampiran 10 Downing Street, London.