Angkatan Tentera Malaysia
Angkatan Tentera Malaysia
Tentera DaratTentera LautTentera Udara
Pangkat Pegawai Angkatan Tentera
Fil MarsyalLaksamana ArmadaMarsyal TUDM
JeneralLaksamanaJeneral TUDM
Leftenan JeneralLaksamana MadyaLeftenan Jeneral TUDM
Mejar JeneralLaksamana MudaMejar Jeneral TUDM
Brigedier JeneralLaksamana PertamaBrigedier Jeneral TUDM
KolonelKeptenKolonel TUDM
Leftenan KolonelKomanderLeftenan Kolonel TUDM
MejarLeftenan KomanderMejar TUDM
KaptenLeftenanKapten TUDM
LeftenanLeftenan MadyaLeftenan TUDM
Leftenan MudaLeftenan MudaLeftenan Muda TUDM
Pegawai Kadet Kanan
Kadet
Lain-lain Pangkat Angkatan Tentera
Pegawai Waran IPegawai Waran IPegawai Waran Udara I
Pegawai Waran IIPegawai Waran IIPegawai Waran Udara II
Staf SarjanBintara KananFlait Sarjan
SarjanBintara MudaSarjan Udara
KoperalLaskar KananKoperal Udara
Lans KoperalLaskar Kelas ILaskar Udara Kanan
PrebetLaskar Kelas IILaskar Udara I
PrebetLaskar MudaLaskar Udara II
Perajurit MudaPerajurit MudaPerajurit Muda

Kepten ialah salah satu pangkat yang terdapat dalam perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia. Ia ialah pegawai kanan yang paling kanan (senior) dalam perkhidmatan itu. Dalam Angkatan Tentera Malaysia Kepten setaraf dengan Kolonel Tentera Darat dan Kolonel TUDM. Justeru itu, Kepten lebih kanan dari Kapten Tentera Darat dan Kapten TUDM. Walaupun istilah Kepten dan Kapten diambil dari Captain bahasa Inggeris, tetapi dalam ATM lazimnya, diadakan perbezaan ejaan untuk membezakan kedua-dua pangkat itu. Kepten lebih kanan dari Komander tetapi lebih muda dari Laksamana Pertama. Pangkat Kepten juga setara dengan Captain dalam tentera-tentera laut negara lain.

Di dalam TLDM, seseorang kepten biasanya ditugaskan menjadi pegawai memerintah kapal-kapal utama armada, seperti frigat dan pengkalan-pengkalan di darat. Oleh kerana ketiadaan pangkat Komodor, seorang kapten yang paling kanan biasanya dilantik sebagai Pegawai Kanan Armada (Senior Officer Afloat), menjalankan fungsi dan tugas seorang komodor.

Insignia sunting

Insignia Kepten mempunyai empat baris berwarna emas dengan gelung di baris yang paling atas.