Geseran velar bersuara
Geseran velar bersuara ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara ɣ (suatu bentuk huruf Yunani γ, gamma, yang juga digunakan untuk bunyi ini dalam bahasa Greek Moden) dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) dan G dalam X-SAMPA.
Nombor AFA | 141 | ||
---|---|---|---|
Pengekodan | |||
X-SAMPA | G | ||
| |||
Sampel audio | |||
Dalam bahasa Melayu, geseran velar bersuara dipinjam dari bahasa Arab dan dilambangkan oleh dwihuruf gh, contohnya: ghairah, Afghan dan baligh.
Ciri-ciri sunting
Ciri-ciri geseran velar bersuara:
- Cara artikulasinya adalah geseran, iaitu dihasilkan dengan menjerut aliran udara melalui saluran sempit di daerah artikulasinya.
- Daerah artikulasinya adalah velar, iaitu disebut dengan bahagian belakang lidah (dorsum) menyentuh lelangit lembut (velum).
- Jenis pembunyiannya adalah bersuara, iaitu pita vokal bergelar ketika penyebutan.
- Ini ialah satu konsonan lisan, iaitu udara dibenarkan keluar melalui mulut.
- Ini ialah satu konsonan tengah, iaitu dihasilkan dengan membenarkan arus udara mengalir melalui tengah lidah dan bukan sisinya.
- Mekanisme arus udaranya adalah egresif pulmonik, iaitu disebut dengan menolak udara keluar dari paru-paru melalui saluran vokal, dan bukannya dari glotis atau mulut.
🔥 Top keywords: Aku Bukan UstazahLaman UtamaErysha EmyraKhas:CariCinta Untuk Sekali LagiYang di-Pertuan AgongPeribahasa MelayuNoniswaraKhilaf Yang TertulisSultan Ibrahim ibni Sultan IskandarThe Hardest Singing ShowPolitik balas budiMK K-CliqueAgak LaenShaza BaeQistina KhaledHaneesya HaneeSenarai peribahasa (A–M)Husna MustaffaMeerqeenNabi Muhammad SAWAdnan bin SaidiBunga SaljuZahiril AdzimInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSekolah Menengah Kejuruan Negeri 26 JakartaSolatSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan tertinggiKesultanan Melayu MelakaKata adjektifHari GawaiPelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)MalaysiaSungai Bakap (kawasan negeri)Khas:Perubahan terkiniPlat pendaftaran kenderaan MalaysiaSlot AkasiaAnna JoblingSosilawati Lawiya