Darjah kebesaran, bintang dan pingat Brunei

rencana senarai Wiki How

Darjah kebesaran, bintang dan pingat Brunei terdiri daripada Bintang-Bintang Kebesaran dan Pingat-Pingat Kehormatan. Kedua-duanya dikurniakan oleh Sultan Brunei atas dasar pencapaian, terutama sekali sumbangan terhadap negara. Pengurniaan beberapa Bintang Kebesaran juga termasuk pengurniaan gelaran, yang mana gelaran berkenaan akan menjadi sebahagian daripada nama peribadi penerima dalam persuratan rasmi atau apabila disebut dalam media rasmi di negara ini. Bintang-Bintang Kebesaran dan Pingat-Pingat Kehormatan adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Adat Istiadat Negara, sebuah jabatan kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri, yang juga bertanggungjawab terhadap adat istiadat dan protokol diraja Brunei.

Medal-medal Bintang-Bintang Kebesaran dan Pingat-Pingat Kehormatan dipaparkan di Muzium Alat Kebesaran Diraja yang terletak di ibu negara.

Pengurniaan

sunting
Bangunan Lapau di pusat bandar Bandar Seri Begawan

Pengurniaan sebenar melibatkan penerima dikurniakan medal dalam suatu istiadat (upacara) oleh Sultan atau kadang-kadang Pengiran Muda Mahkota (Putera Mahkota) atas perkenan Sultan. Istiadat ini secara tradisinya diadakan di Lapau iaitu sebuah dewan untuk istiadat diraja dalam budaya Brunei. Pada masa ini, Bintang-Bintang Kebesaran sehingga Darjah Ketiga dianugerahkan oleh KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah dalam istiadat yang diadakan setiap tahun pada hari keputeraan KDYMM iaitu setiap 15 Julai, walau bagaimanapun diadakan bukan di Lapau tetapi di Balai Singgahsana Indera Buena, sebuah dewan istiadat dalam Istana Nurul Iman. Manakala Bintang-Bintang Kebesaran bagi Darjah yang lain serta Pingat-Pingat Kehormatan dikurniakan oleh KDYMM atau DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dalam istiadat lain pada hari-hari yang lain, walau bagaimanapun biasanya diadakan sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan tersebut juga. Istiadat tersebut telah secara tradisinya diadakan di bangunan Lapau di pusat bandar Bandar Seri Begawan tetapi pada tahun-tahun kebelakangan ini ianya telah diadakan di balai Lapau yang lebih besar di dalam istana untuk menampung peningkatan bilangan penerima.[1]

Senarai

sunting

Berikut adalah senarai Bintang-Bintang Kebesaran dan Pingat-Pingat Kehormatan Brunei.[2]

Bintang Kebesaran

sunting
NamaDarjahRebenGelaranSingkatan
Darjah Kerabat Mahkota Brunei- -DKMB
Darjah Kerabat Laila Utama Yang Amat Dihormati- Dato Laila UtamaDK
Darjah Kerabat Seri Utama Yang Amat Dihormati- Dato Seri UtamaDK
Darjah Seri Ugama Islam Negara Brunei Yang Amat BersinarDarjah Pertama Dato Paduka Seri SetiaPSSUB
Darjah KeduaDato Seri SetiaDSSUB
Darjah Ketiga-SSUB
Darjah Keempat-SUB
Darjah Kelima-PUB
Darjah Paduka Laila Jasa Keberanian Gemilang Yang Amat CemerlangDarjah Pertama Dato Paduka SeriDPKG
Darjah KeduaDato LailaDLKG
Darjah Ketiga-DKG
Darjah Paduka Keberanian Laila Terbilang Yang Amat GemilangDarjah Pertama Dato Paduka SeriDPKT
Darjah KeduaDato LailaDKLT
Darjah Ketiga-DKT
Darjah Pahlawan Negara Brunei Yang Amat PerkasaDarjah Pertama Dato Seri PahlawanPSPNB
Darjah KeduaDato Hamzah PahlawanDHPNB
Darjah Ketiga-PNB
Darjah Keempat-PJB
Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat BahagiaDarjah Pertama Dato Seri SetiaPSNB
Darjah KeduaDato SetiaDSNB
Darjah Ketiga-SNB
Darjah Keempat-PSB
Darjah Paduka Seri Laila Jasa Yang Amat BerjasaDarjah Pertama Dato Paduka Seri Laila JasaPSLJ
Darjah KeduaDato Seri Laila JasaDSLJ
Darjah Ketiga-SLJ
Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat MuliaDarjah Pertama Dato Seri PadukaSPMB
Darjah KeduaDato PadukaDPMB
Darjah Ketiga-SMB
Darjah Perwira Agong Negara Brunei Yang Amat SetiaDarjah Pertama -PANB
Darjah Kedua -PaNB

Pingat Kehormatan

sunting

Berikut merupakan senarai Pingat-Pingat Kehormatan semasa:

NamaDarjahRebenSingkatan
Pingat Pertabalan Omar Ali Saifuddin-
-
Pingat Omar Ali SaifuddinDarjah Pertama
POAS
Darjah Kedua
Pingat Sultan Hassanal BolkiahDarjah Pertama
PHBS
Darjah Kedua
Pingat Bakti Laila Ikhlas-
PBLI
Pingat Jasa Kebaktian-
PJK
Pingat Tabah Kerja Laila Lutanan-
PTKL
Pingat Indah Kerja Baik-
PIKB
Pingat Pengisytiharan Kemerdekaan-
-
Pingat Kerja Lama-
PKL
Pingat PerjuanganDarjah Pertama
-
Darjah Kedua
Pahlawan Periwara-
PP
Asgar Pahlawan-
AP
Panglima Lasgar-
PL

Pingat sempena acara kebangsaan

sunting

Terdapat juga beberapa pingat yang diberikan sempena acara kebangsaan tertentu:

NamaJenisReben
Pingat PuspaEmas
Perak
Pingat Jubli Menaiki Takhta

- Pingat Jubli Emas

- Pingat Jubli Perak

Emas
Perak
Gangsa
Pingat Jubli Hari Kebangsaan

- Pingat Jubli Perak

-

Pingat untuk angkatan bersenjata

sunting

Berikut adalah pingat-pingat khusus untuk angkatan bersenjata Brunei.

Pingat-Pingat Pasukan Polis Diraja Brunei
NamaRebenSingkatan
Pingat Kerja Lama Polis
PKLP
Pingat Polis Diraja 1965
-
Pingat Polis 50 Tahun
-
Pingat Perkhidmatan Polis
-
Pingat Jubli Intan Polis 75 Tahun
-
Pingat Laila Tugas
-
Pingat-Pingat Angkatan Bersenjata Diraja Brunei
NamaReben
Pingat Mulia Gelaran Resmi
Pingat Laila Tugas (GSM)
Pingat Kerja Lama dan Perangai Baik (Tentera)
Pingat Jubli Perak 25 Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei
Pingat Jubli Emas 50 Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei
Pingat-Pingat Unit Simpanan Gurkha
NamaReben
Pingat Pasukan Simpanan Gurkha
Pingat Kerja Lama dan Perangai Baik

Rujukan

sunting
  1. ^ "Jabatan Adat Istiadat Negara - Bangunan Lapau". www.adat-istiadat.gov.bn. Dicapai pada 19 July 2019. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  2. ^ "Senarai Bintang-Bintang Kebesaran dan Pingat-Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam" (PDF). www.adat-istiadat.gov.bn. Dicapai pada 19 July 2019. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)

Pautan luar

sunting