22 Julai
tarikh
<< | Julai | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 | 31 | |||
2024 |
22 Julai merupakan hari ke-203 (hari ke-204 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 162 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini merupakan:
- Hari Penghampiran Pi;
- Hari Perayaan Mary Magdalene.
Peristiwa
sunting![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/1/18/Iancu_Hunedoara.jpg/130px-Iancu_Hunedoara.jpg)
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/d/d4/Francisco_Goya_-_Portrait_of_the_Duke_of_Wellington.jpg/130px-Francisco_Goya_-_Portrait_of_the_Duke_of_Wellington.jpg)
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/4/43/Burj.jpg/130px-Burj.jpg)
- 838 – Perang Arab-Byzantine: Angkatan Kerajaan Bani Abbasiyah menewaskan Maharaja Theophilos dan Empayar Byzantium, berhampiran Dazman, Turki kini.
- 1456 – Tentera di bawah John Hunyadi (gambar) menewaskan serangan Empayar Uthmaniyah dan menamatkan Pengepungan Belgrade.
- 1802 – Nguyen Phuc Anh menawan Hanoi, menyatukan Vietnam dan memulakan Dinasti Nguyễn, memerintah sebagai Maharaja Gia Long.
- 1812 – Perang Semenanjung: Angkatan tentera Inggeris-Portugal yang diketuai Arthur Wellesley (gambar) menewaskan Marsyal Auguste de Marmont dan angkatan Perancisnya dengan muktamad dalam Pertempuran Salamanca.
- 1864 – Perang Saudara Amerika: Angkatan tentera Gabungan gagal dalam serangan ke atas Kesatuan dalam Pertempuran Atlanta.
- 1933 – Wiley Post menjadi juruterbang pertama menerbangkan pesawat kepak kaku mengelilingi dunia secara solo.
- 1934 – Perompak bank John Dillinger, "Musuh Awam Nombor Satu" bagi Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat ditembak mati oleh pihak polis dalam satu serangan hendap di Chicago.
- 1946 – Sebutir bom Irgun memusnahkan ibu pejabat Palestin Bermandat di Hotel King David, Baitulmaqdis, mengorbankan 90 orang.
- 1977 – Selepas dilucutkan semua kuasa oleh Geng Berempat tahun sebelumnya, Deng Xiaopeng kembali memegang jawatan dalam Parti Komunis China.
- 2002 – Israel menggugurkan bom ke rumah Solah Syahadah, pemimpin cabang tentera Hamas, membunuh beliau dan keluarganya.
- 2003 – Angkatan tentera campuran menyerang sebuah rumah di Mosul, Iraq, membunuh dua anak lelaki Saddam Hussein, iaitu Uday dan Qusay.
- 2007 – Menara Burj Dubai (gambar) menjadi bangunan tertinggi di dunia dengan 512.1 meter, mengatasi Taipei 101.
- 2009 – Gerhana matahari penuh paling lama abad ke-21 berlaku di sebahagian Asia dan Lautan Pasifik (gambar gerhana separa).
- 2011 – Dua serangan di Norway—pengeboman di Oslo dan penembakan di Utøya—menyebabkan lebih 76 orang maut.
- 2012 – Fernando Alonso memenangi Grand Prix Jerman 2012.
- 2013 – Satu siri gempa bumi di Dingxi, Gansu, China, mengorbankan lebih 95 orang dan mencederakan lebih 1,000 lagi.
Kelahiran
sunting- 1949 - Mohammed bin Rashid Al Maktoum, seorang Perdana Menteri Emiriah Arab Bersatu ke-4
- 1980 - Dirk Kuyt, seorang bekas pemain bola sepak Liverpool F.C.
- 2013 - Putera George dari Cambridge, pewaris ketiga takhta monarki British.
Kematian
sunting🔥 Top keywords: Laman UtamaDua Darjat (drama)Khas:CariKhilaf Yang TertulisHari Raya AidiladhaCinta Untuk Sekali LagiAniq DurarHari TasyrikMonogamiTempoh haram puasaBunga SaljuSenarai peribahasa (A–M)Abang AdikJamrahDharma Harun Al RashidKhas:Perubahan terkiniZim Zim Ala KazimUEFA Euro 2024NafarKobe Jae ChongBRICSErysha EmyraAku Bukan UstazahIbadah korbanAzahari HusinSharifah RoseKata adjektifInna lillahi wa inna ilaihi raji'unNabi Muhammad SAWSolatThe Hardest Singing ShowPlat pendaftaran kenderaan MalaysiaMandi wajibRiena DianaZainalabidinAnwar IbrahimPasukan bola sepak kebangsaan PortugalKesultanan Melayu MelakaProjek: Anchor SPM