1 Mac
tarikh
<< | Mac | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
31 | ||||||
2024 |
1 Mac merupakan hari ke-60 (hari ke-61 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 305 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
Peristiwa
sunting![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/0/0b/Aerial_image_of_Grand_Prismatic_Spring_%28view_from_the_south%29.jpg/140px-Aerial_image_of_Grand_Prismatic_Spring_%28view_from_the_south%29.jpg)
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/5/5d/Castle_Bravo_Blast.jpg/140px-Castle_Bravo_Blast.jpg)
- 86 SM - Lucius Cornelius Sulla, pemimpin tentera Republik Rom, tiba di Athens, lalu menggulingkan Aristion si penzalim yang didukung oleh bala tentera Mithridates VI dari Pontus.
- 1562 - Perang Agama Perancis bermula dengan pembunuhan beramai-ramai Huguenot.
- 1565 - Bandar raya Rio de Janeiro diasaskan.
- 1811 - Para pemimpin wangsa Mamluk dibunuh oleh Raja Mesir, Muhammad Ali.
- 1845 - Presiden Amerika Syarikat ke-10, John Tyler menandatangani rang undang-undang yang membenarkan Amerika Syarikat mengilhakkan Republik Texas sebagai negeri gabungan.
- 1867 - Nebraska menjadi negeri Amerika Syarikat yang ke-37 bandar sedia ada Lancaster diberi nama baharu Lincoln dan dijadikan ibu negeri.
- 1872 - Taman negara yang pertama di dunia, Taman Negara Yellowstone diasaskan di A.S.
- 1886 - Sekolah Inggeris-Cina diasaskan oleh Biskop William Oldham di Singapura.
- 1896 - Habsyah menewaskan Itali secara muktamad dalam Pertempuran Adwa, mengakhiri Perang Itali-Habsyah Pertama.
- 1919 - Pemerintahan Jepun di Korea: Gerakan Samil memulakan banyak bantahan aman di Korea, namun ditumpaskan dengan kejam oleh polis dan tentera Jepun.
- 1932 - Anak lelaki Charles Lindbergh, Charles Augustus Lindbergh III, diculik.
- 1933 - Penubuhan Rejimen Askar Melayu: Seramai 25 orang pemuda terpilih untuk menyertai Kompeni Percubaan Pasukan Askar Melayu dan memulakan latihan di Haig Lines, Port Dickson.
- 1936 - Empangan Hoover disiapkan.
- 1946 - Bank England dimiliknegarakan.
- 1947 - Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memulakan operasi kewangannya.
- 1950 - Perang Dingin: Klaus Fuchs dihukum atas kesalahan mengintip bagi pihak Kesatuan Soviet dengan mendedahkan maklumat rahsia bom atom.
- 1954 - Bom hidrogen 15-megatan diletupkan (gambar) di Atol Bikini di Lautan Pasifik, dan mengakibatkan antara pencemaran radioaktif paling teruk yang disebabkan oleh ujian senjata nuklear.
- 1954 - Pejuang kebangsaan Puerto Rico menyerang Kapitol Amerika Syarikat, menyebabkan lima orang Wakil Rakyat cedera.
- 1958 - Kapal penumpang Turki Uskudar terbalik lalu karam di Teluk Izmit, Kocaeli, Turki, menyebabkan sekurang-kurangnya 300 orang terkorban.
- 1961 - Presiden Amerika Syarikat John F. Kennedy menubuhkan Pasukan Khidmat Bakti.
- 1966 - Penjelajah angkasa Soviet Venera 3 terhempas di planet Zuhrah, menjadi kapal angkasa lepas pertama yang mendarat di permukaan planet lain.
- 1972 - Wilayah Yasothon tercipta di Thailand apabila berpecah dari wilayah Ubon Ratchathani.
- 1975 - Televisyen warna mula disiarkan di Australia.
- 1992 - Bosnia dan Herzegovina mengisytiharkan kemerdekaan daripada Yugoslavia.
- 1995 - Perdana Menteri Poland Waldemar Pawlak meletak jawatan lalu diganti tempatnya oleh bekas komunis bernama Józef Oleksy.
- 2000 - Perlembagaan Finland ditulis semula.
- 2000 - Hans Blix menduduki jawatan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Pemantauan, Pengesahan dan Pemeriksaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNMOVIC).
- 2002 - Mata wang euro menggantikan peseta selaku mata wang kegunaan Sepanyol.
- 2012 - Letusan puting beliung di Barat Tengah dan Tenggara Amerika Syarikat menyebabkan sekurang-kurangnya 40 kematian.
- 2013 - 14 orang anggota PDRM terkorban selepas diserang hendap oleh penceroboh dari wilayah Sulu yang berasal dari Kesultanan Sulu di Lahad Datu, Sabah, Malaysia.
- 2014 - Perasmian Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (Jambatan Kedua Pulau Pinang).
- 2020 - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri ke-8 dalam gabungan Perikatan Nasional.
Kelahiran
sunting- 1922 - Yitzhak Rabin, Perdana Menteri Israel ke-5
Kematian
sunting- 2017 - Jins Shamsuddin, seorang pelakon dari Malaysia.
- 2024 - Akira Toriyama, seorang penulis komik Jepun.[1]
Rujukan
sunting- ^ "漫画家の鳥山明さん死去、68歳" [Pekomik Akira Toriyama meninggal dunia pada usia 68 tahun]. Nihon Keizai Shimbun (dalam bahasa Jepun). Mar 8, 2024.
🔥 Top keywords: Laman UtamaBelangkasAzahari HusinKhas:CariThe Hardest Singing ShowSenarai peribahasa (A–M)Bunga SaljuRedza RosliCinta Untuk Sekali LagiSungai Bakap (kawasan negeri)Dua Darjat (drama)Kesultanan Melayu MelakaAbang AdikMalaysiaNabi Muhammad SAWUEFA Euro 2024Inna lillahi wa inna ilaihi raji'unNora DanishZim Zim Ala KazimKhas:Perubahan terkiniPinggan Tak Retak, Nasi Tak DinginTajikistanErysha EmyraKata adjektifBani SyaibahAku Bukan UstazahSheriff: Narko IntegritiSpider (kumpulan muzik)MarikhSains sosialSemenanjung MalaysiaMandi wajibPlat pendaftaran kenderaan MalaysiaAnugerah Juara Lagu ke-25Sungai BakapYang di-Pertuan AgongSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan tertinggiAnwar IbrahimDedaun Hijau Di Angin Lalu