R

huruf kelapan belas abjad Rumi

R ialah huruf Rumi moden yang ke-18. Penutur di Malaysia, Singapura dan Brunei cenderung menyebut huruf ini sebagai ar (IPA: [ɑr]) mengikut bahasa Inggeris manakala penutur di Indonesia cenderung menyebut huruf ini sebagai ér (IPA: [ɛr]) mengikut bahasa Belanda.

R
R
Abjad Rumi dasar
 AaBbCcDd 
EeFfGgHhIiJj
KkLlMmNnOoPp
QqRrSsTtUuVv
 WwXxYyZz 

Ia melambangkan bunyi konsonan getaran gusi /r/ yang wujud dalam bahasa-bahasa Melayu baku Malaysia,[1] Brunei[2] dan Indonesia[3] pada suku kata awal dan tengah sesepatah perkataan; di hujung katanya pula dibunyikan dalam sebutan baku Indonesia dan Singapura tetapi gugur pada sebutan Malaysia dan Brunei.[4]

Sejarah sunting

Hieroglif Mesir tpR Proto-Semitikn PhoeniciaR EtruskanRho YunaniR Etruskan Akhir
D1

Bentuk huruf Semitik yang asalnya mungkin diilhamkan dari hieroglif yang membawa erti "kepala" disebut t-p dalam bahasa Mesir, tetapi dipinjam oleh kaum Semitik bagi bunyi /r/ kerana dalam bahasa mereka, perkataan "kepala" berbunyi Rêš (juga nama hurufnya). Huruf berkenaan berkembang menjadi Ρ ῥῶ (Rhô) Yunani dan R Latin. Barangkalinya sesetengah bentuk Etruskan dan Yunani Barat bagi huruf ini dibubuh satu lagi garis agar berbeza bentuknya dari huruf P sekarang.

Sebutan R sunting

Dalam Huruf Fonetik Antarabangsa, simbol [r] menandakan bunyi getaran alveolus. Sesetengah bahasa ada memakai huruf r dalam abjad (atau skema transliterasi Rumi) masing-masing bagi menandakan konsonan rotik selain getaran alveolus.

Getaran alveolus [r]dengarbahasa Inggeris Britain (sesetengah loghat atau pertuturan tegas), Albania ("rr"), Arab, Armenia, Belanda (baku), Bulgaria, Catalan, Finland, Hungary, Itali, Jepun (pertuturan tegas lelaki), Jerman (sesetengah loghat), Lithuania, Latin, Norway, Poland, Romania, Rusia, Scots, Sepanyol ("rr") Sweden, Wales
Malaran tak gesar alveolus [ɹ]dengarInggeris (kebanyakan loghat), Belanda (kedudukan tertentu dalam perkataan sesetengah loghat), Faroe
Sadap alveolar [ɾ]dengarAlbania ("r"), Catalan, Greek, Hindi 'र', Itali, Portugis, Sepanyol ("r"), Turki,
Sadap sisian alveolus [ɺ]dengarJepun
Frikatif gelungan bersuara [ʐ]dengarMandarin (alofon)
Malaran tak gesar gelungan [ɻ]dengarbahasa Inggeris Amerika (sesetengah loghat), Mandarin (alofon)
Sadap gelungan [ɽ]dengarHindi 'ड़', Inggeris Scotland (adakala)
Getaran uvular [ʀ]dengarJerman (baku), Perancis; Belanda (di Belgium dan beberapa loghat di Belanda), bahasa Sweden (Sweden Selatan)
Frikatif uvular bersuara [ʁ]dengarJerman, Denmark, Perancis (sekitar Paris), Ibrani Moden, Portugis

Kod-kod pengkomputeran sunting

Titik kodHuruf besar
R
Huruf kecil
r
UnikodU+0052U+0072
ASCIIPerpuluhan82114
Perduaan0101001001110010
EBCDIC217153

Rujukan sunting

  1. ^ Karim, Nik Safiah; M. Onn, Farid; Haji Musa, Hashim; Mahmood, Abdul Hamid (2008). Tatabahasa Dewan (ed. 3). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. m/s. 297–303. ISBN 978-983-62-9484-5.
  2. ^ Clynes, Adrian; Deterding, David (August 2011). "Standard Malay (Brunei)". Journal of the International Phonetic Association. 41 (2): 259–268. doi:10.1017/S002510031100017X. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-08-16.
  3. ^ Soderberg, Craig D.; Olson, Kenneth S. (2008). "Indonesian". Journal of the International Phonetic Association. 38 (2): 209–213. doi:10.1017/S0025100308003320.
  4. ^ Abu Bakar, Mukhlis (2019-12-18). "Sebutan Johor-Riau dan Sebutan Baku dalam Konteks Identiti Masyarakat Melayu Singapura". Issues in Language Studies. 8 (2). doi:10.33736/ils.1521.2019. ISSN 2180-2726.

Lihat juga sunting

For other meanings and uses of the letter "R", see R (disambiguation). See also:

Abjad Rumi/Latin
AaBbCcDdEeFfGgHhIiJjKkLlMmNnOoPpQqRrSsTtUuVvWwXxYyZz