Coulomb (disebut [ku.lom], simbol: C) adalah unit Sistem Unit Antarabangsa (SI) bagi cas elektrik. Unit ini mengira cas (simbol: Q atau q) yang dibawa oleh arus tetap dalam satu ampere sesaat:

Coulomb
Sistem unitUnit terbitan SI
Unit bagiCas elektrik
SimbolC 
Dinamakan sempenaCharles-Augustin de Coulomb
Penukaran unit
1 C dalam ...... adalah sama dengan ...
   unit asas SI   As
   unit CGS   2997924580 statC
   Unit atom   6.24150934(14)e×10^18[1]

Oleh itu, ia juga merupakan jumlah cas berlebihan pada kapasitor satu farad dikenakan untuk beza keupayaan satu volt:

Ia adalah bersamaan dengan cas kira-kira 6.242×1018 1.036×10−5 mol) proton, dan -1 C adalah bersamaan dengan cas kira-kira 6.242×1018 elektron.

Nama dan tatatanda sunting

Unit ini dinamakan sempena Charles-Augustin de Coulomb, seorang ahli fizik Perancis. Sepertimana tatacara setiap unit SI yang diambil dari nama tokoh, huruf pertama simbol ini ditulis menggunakan huruf besar ("C"). Walau bagaimanapun, apabila suatu unit sebegini dieja penuhnya, nama unit ini sentiasa dimula dengan huruf kecil ("coulomb")—melainkan dalam situasi di mana sebarang perkataan perlu ditulis dalam huruf besar seperti dalam permulaan ayat atau nama tajuk. Misalnya, "darjah Celsius" mengikut peraturan ini kerana "d" di sini berhuruf kecil. [berdasarkan brosur The International System of Units, bahagian 5.2[2]]

Definisi sunting

Sistem SI menentukan coulomb dalam istilah ampere dan saat : 1 C = 1 A x 1 s.[3] Saat didefinisikan sebagai suatu frekuensi yang dipancarkan secara semulajadi oleh atom sesium.[4] Ampere didefinisikan menggunakan hukum daya Ampère;[5] namun sebahagian pentakrifannya bergantung kepada jisim prototaip kilogram antarabangsa iaitu sebuah silinder logam yang ditempatkan di Perancis.[6] Secara praktikalnya, keseimbangan watt digunakan untuk mengukur ampere dengan ketepatan yang paling tinggi.

Memandangkan cas satu elektron diketahui sekitar 1.602 176 6208 (98)x10-19 C, 1 C juga boleh dianggap sebagai cas kira-kira 6.241 509 x 10 ^18 elektron atau +1 C yang merupakan cas positron atau proton yang sebanyak itu, di mana nombor itu adalah angka salingan dari 1.602 177 x 10 ^-19.

Nota dan rujukan sunting